Khamis, 13 Ogos 2015

INFO - Cara Untuk Mengetahui Badan Anda Kurang Air Putih


Cara Untuk Mengetahui Badan Anda Kurang Air Putih | Bagaimana untuk mengetahui samada badan kita cukup atau tidak dengan air? Terutama air putih. Seperti diketahui umum, air putih sangat penting untuk badan. Secara ringkasnya, minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

air masak 

Tetapi bagaimana untuk mengetahui samada badan kita cukup atau tidak dengan air?



1. Mulut anda terasa kering. Anda perlu mengetahui bahawa air putih melincirkan selaput lendir di mulut dan tekak, dan akan terus menjaga mulut anda selepas tegukan pertama.

2. Kulit anda menjadi kering. Kulit kering adalah salah satu tanda-tanda awal dehidrasi yang boleh membawa kepada masalah yang jauh lebih besar.

3. Rasa haus yang amat sangat.

4. Mata anda kering dan merah. Perlu disedari bahawa ini boleh menyebabkan bahaya pada mata anda, lebih-lebih lagi jika anda memakai contact lens setiap hari.

5. Sakit pada tulang. Tulang rawan dan tulang belakang terdiri daripada kira-kira 80% air. Ini adalah keperluan mutlak untuk menjaga tulang anda daripada bergesel satu sama lain semasa bekerja.

6. Anda sakit dalam masa yang lama. Minum air membolehkan tubuh anda untuk terus membuang racun.

air putih
7. Anda merasa lelah dan lesu. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, tubuh “meminjam” air dari darah anda sehingga menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke seluruh badan.

8. Anda akan merasa lapar terus-menerus.

9. Mengalami gangguan pencernaan. Tanpa penghidratan yang tepat, jumlah dan kekuatan lendir membolehkan asid perut melakukan beberapa kerosakan besar pada perut anda.

10. Anda mengalami sembelit.

11. Pengurangan jumlah kencing dan kencing berwarna pekat.

12. Mengalami penuaan awal. Jumlah air badan anda menurun seiring dengan bertambahnya usia. Jadi anda sedar perlu meningkatkan pengambilan air jika tidak ingin mengalami penuaan awal.

13. Jika anda kurang minum air putih, aktiviti anda akan terganggu kerana anda tidak fokus dalam menghadapi sesuatu.
Sumber : wanista

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...