Umur mungkin sekadar angka, tetapi kita sendiri kena sedar bahawa
pertambahan umur akan mengubah bentuk fizikal dan semangat setiap hari
mengikut hormon. Kadang akan rasa moody dan tetiba terlebih excited
untuk berbuat sesuatu mengikut perancangan. Jadi seeloknya anda
nikmatilah segala hal ketika muda sepuas-puasnya. Cuba tengok sebab lain
pula...
1. Cari minat
Cuba cari minat sendiri untuk buat sesuatu, jangan paksa diri atau ikut
cara orang. Selagi tidak mencapai kehendak, anda perlu usaha keras jika
tidak mahu menyesal di kemudian hari.
2. Kejar matlamat
Jika anda bersemangat tentang apa pun, kejar ketika usia masih muda.
Selalu dah berkahwin ada pula macam-macam halangan, anak dan pasangan
lebih utama. Matlamat dah jadi yang terakhir sebab selalu di ketepikan.
3. Lakukan terbaik dalam karier
Selalu tukar kerja? Jangan risau, waktu muda memang kena cari banyak
pengalaman. Kita sendiri tidak tahu kerjaya mana yang lebih sesuai dan
menjamin masa depan. Kalau mampu, buatlah dua kerja. Rezeki dalam waktu
usia muda banyak ruang dan masa, jadi anda boleh fokus lebih.
4. Menabung
Kena ada simpanan waktu muda sebab kita tak tahu hari akan datang apa
yang kita perlukan. Siapa tahu tabung anda itu sangat membantu keluarga
sendiri atau mungkin jodoh datang bergolek. Jadi, tabung itu yang jadi
semangat. Dan setelah berumah tangga belum tentu anda mampu menyimpan.
5. Hargai keluarga
Serius, hanya zaman muda ini anda boleh rasakan nikmat kekeluargaan.
Mampu gelak ketawa mencuit hati bersama adik beradik. Curilah masa untuk
belanja ibu ayah dan lebih menarik bercuti bersama. Bukan bermakna
apabila berkahwin jadi makin jauh tetapi pastinya payah untuk anda cari
peluang untuk berkumpul bersama, tambah pula masing-masing ada komitmen
dan tanggung jawab kerja.
6. Baca buku & belajar
Ilmu kena kejar sampai tua. Tetapi kalau pulun zaman muda itu dikira
satu bonus buat anda. Lagi pun membaca usia muda, otak lebih cepat
'tangkap' dan segar!
7. Tolak sikap buruk
Tak perlu ghairah ikut budaya oang luar, cuba bangkit dengan cara
sendiri dan tonjol sikap yang positif. Rokok dan alkohol kena jauhkan
kalau sayangkan masa depan anda.
8.Jatuh cinta
Bukan boleh dibuat-buat tetapi jika sekali perasaan terpaut akan
seseorang anda perlu teruskan. Hargai peluang untuk rasa disayangi
tetapi jangan sampai jadi playboy atau playgirl. Dapatkan cara baik dan
nak lepas pun kena cara yang elok. Agak ada rezeki lebih boleh terus
ikat untuk mencari berkat.
Ok wanita, selamilah dunia muda tanpa memberontak. Mungkin mak-mak
boleh membuka sedikit ruang untuk anak-anak. Jangan sampai anda menyesal
di kemudian hari sebab tidak dapat buat sesuatu yang disukai. Esok-esok
dah boleh melangkah setapak untuk membina sebuah kejayaan dalm hidup!
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan