Siapa yang tidak sukakan fast food atau makanan segera? Tidak kira muda ataupun tua, semua orang sangat sukakan fast food.
Walaupun sedap, namun banyak kajian menyatakan, makan fast food terlalu banyak boleh membahayakan kesihatan.
Jadi, sebelum anda nak makan fast food, ketahui fakta yang sangat mengejutkan ini!
1.Kentang goreng tidak akan busuk selama 3 tahun
Tahukah
anda bahawa kentang goreng mempunyai banyak bahan pengawet? Disebabkan
itu kentang goreng tidak akan busuk selama tiga tahun. Bahan pengawet
bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.
2.Burger tidak akan busuk selama 14 tahun
Seorang
lelaki bernama David Whipple pernah membuktikan bahawa burger mempunyai
banyak bahan pengawet. Dia meletakkan burger ke dalam beg kertas dan
biarkan di dalam bonet kereta selama 2 tahun dan burger tersebut tidak
berubah langsung. Kemudian, dia meneruskan percubaan hingga 14 tahun
kemudian dan burger itu masih dalam keadaan yang sama seperti baru
dibeli.
3.Kandungan sebenar keju hanya 49 % sahaja
Keju
memang sedap. Itulah sebabnya setiap fast food mempunyai keju untuk
menarik minat pembeli. Tapi sebenarnya, kandungan keju asli dalam setiap
fast food hanyalah 49% sahaja, selebihnya adalah perasa dan bahan kimia
buatan.
4.Kandungan milkshake tidak ‘semanis’ rasanya
Selain
coke, milkshake menjadi menu minuman di restoran makanan segera. Minuman
ini memang mempunyai rasa yang sedap dan manis. Tetapi, kandungan
milkshake sangatlah berbahaya kerana mengandungi banyak bahan kimia.
5.Jual lebihan makanan semalam
Tahukah
Anda bahwa tidak semua makanan segera habis dijual setiap hari? Dan
biasanya, lebihan makanan tersebut dijual pada keesokan harinya.
6.Tinggi kalori
Kita semua tahu, fast food
mengadungi tinggi kalori. Bukan itu sahaja, jumlah kalori dalam satu
hidangan fast food, bersamaan dengan jumlah kalori yang sama selama 2
hingga 3 hari anda makan makanan lain. Memang gemuk la!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan