Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya
berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda
berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya
peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun,
mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di
jadikan pasangan.
Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik
juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap
lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda
adalah wanita tercantik di mata dia.
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi
mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan
berada di samping mereka ketika susah dan senang.
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi
seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya
adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan
membuatkan mereka lebih semangat.
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang
di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang
berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.
sumber:bulanpurnama89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan