Suatu
ketika Allah s.w.t. berfirman kepada Jibrail a.s. 'Pergilah engkau lihat
syurga yang Aku ciptakan' maka Malaikat Jibrail a.s. pun pergilah
melihatnya. Setelah kembali maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah
s.w.t., 'Wahai Allah, dengan keadaan syurga yang sedemikian aku pasti
tidak ada seorang pun yang tidak berhajat untuk masuk kesana.' Kemudian
Allah s.w.t. meletakkan hukum-hakam dalam beragama sebagai garis serta
hiasan untuk ke syurga kemudian sekali lagi Allah ta'ala menyuruh
Malaikat Jibrail a.s. pergi melihatnya. Setelah melihat buat kali
keduanya maka Jibrail a.s. pun berkata, 'Wahai Allah, aku bimbang tiada
seorang pun yang akan layak kesyurga'. Malaikat Jibrail a.s. berkata
sedemikian kerana syurga telah ditutup dengan hukum-hakam dalam beragama
sehingga sukar dimasuki kecuali bagi sesiapa yang dapat mengikut
hukum-hakam tersebut semasa menjalani kehidupan di dunia.
Di suatu
ketika kemudiannya Allah s.w.t. telah mencipta neraka lalu Allah ta'ala
berfirman kepada Jibrail a.s. agar pergi melawat keadaan neraka itu.
Maka Jibrail a.s. pun pergilah melihat keadaan neraka yang baru
diciptakan itu. Setalah kembali dari melihat neraka maka Jibrail a.s.
berkata kepada Allah ta'ala. 'Wahai Allah aku khuatir tidak ada seorang
pun yang akan mahu kesana oleh kerana keadaannya yang sangat
menggerunkan itu'. Lalu Allah ta'ala menghias neraka dengan nafsu dan
syahwat dunia kemudiannya memerintahkan Jibrail a.s. melihatnya sekali
lagi. Setelah kembali dari melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s.
berkata, 'Wahai Allah aku bimbang tiada seorang pun yang dapat
melepaskan diri dari masuk kesana.'
Begitulah
serba ringkas sebuah kesah dari sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang
Tok Wan tulis semula yang susunan ayat-ayatnya mungkin berbeza dengan
maksud asal hadith tersebut. Namun ia menggambarkan kepada kita bahawa
syurga diliputi oleh hukum-hakam yang kita kena patuh untuk memasukinya.
Namun dalam hadith yang lain ada dinyatakan bahawa seseorang itu dapat
masuk surga dengan Rahmat Allah s.w.t. Oleh kerana Allah ta'ala yang
membuat ketentuan maka berhaklah Allah ta'ala memasukkan sesiapa yang
dikehendakiNya walaupun ianya seorang perempuan pelacur.
Hari ini
apabila kita baca keseluruhan hadith atau sebahagian khazanah Rasulullah
s.a.w. yang ditinggalkan untuk kita pasti kita mendapat jawapan tentang
syurga atau neraka.
Dalam
hadith yang lain ada disebut berkenaan seseorang yang menjaga solat
fardhunya. Menjaga solat fardhu bermaksud mengambil berat waktu
solat-solat fardhu dan mengerjakannya di tempat dimana azan dilaungkan.
Maksudnya mereka yang solat secara bersendirian atau lewat dari waktu
yang ditetapkan tidak dikira termasuk dalam hadith yang dimaksudkan ini.
Mereka
yang memelihara solat-solat fardhunya akan mendapat lima pelepasan.
Pertama mendapat keberkatan rezeki. Kedua diangkat sifat munafik
darinya. Ketiga diangkat azab kubur darinya. Keempat melintas titian
sirat sepantas kilat dan yang kelima masuk syurga tanpa hisab.
Jadi
sebenarnya nak masuk syurga senang sahaja. Jaga solat fardhu, tunaikan
solat-solat sunat yang sesuai dengan waktunya seperti solat tahajud pada
sepertiga malam, solat taubat dan solat witir pada setiap malam sebelum
tidur. Zikir setiap pagi sesudah subuh sehingga matahari terbit dan
sesudah asar sehingga matahari terbenam.
Dalam
satu hadith yang lain ada menyebut tentang zikir 'Laillaha ilallah' yang
berjumlah tujuh puluh ribu mampu menyelamatkan seseorang itu dari
neraka. Zikir sebegini tidak sesuai untuk orang awam seperti kita. Zikir
tersebut lebih sesuai bagi ahli tasawuf atau ufi. Bagi kita memadailah
dengan 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laillaha ilalah, Allahu Akbar'
sebanyak 100 selepas subuh dan seratus selepas asar. Oleh kerana zikir
empat perkataan ini sangat disukai oleh Allah ta'ala maka tidak molek
jika ianya tanpa diiringi dengan selawat keatas Nabi s.a.w. Sedangkan
Allah ta'ala sendiri bersama para Malaikatnya pun berselawat keatas Nabi
MUhammad s.a.w. inikan pula kita. Jadi untuk lebih comel zikir harian
kita masukkan selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali selepas subuh
dan 100 kali selepas asar. Tak susah manapun kan?
Untuk
lebih comel dan molek lagi kita tambah lagi 100 istaghfar kerana Nabi
s.a.w. sendiri setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali. Jadi apa
salahnya kita istighfar sebanyak 100 kali pagi dan petang.
Secara
ringkasnya kita sudah ada 300 zikir sebelah pagi dan 300 zikir sebelah
petang. Jika diteliti dalam zikir itu terdapat 100 perkataan 'Laillaha
ilallah' sebelah pagi dan 100 sebelah petang. Ini menjadikan jumlahnya
200 setiap hari. Jika dikira dalam satu bulan ada 30 hari bermakna kita
sudah ada stok sebanyak 6000 kalimah 'Laillaha ilallah' dan 6000 jika
dibuat setiap bulan untuk 12 bulan bagi setahun sudah mencapai lebih 70
ribu, mengikut hadith yang dikaitkan sebentar tadi (diatas) ianya
memadai untuk melepaskan seseorang dari dalam neraka.
Teruskanlah
berzikir setiap hari sehingga kita tiada lagi, mungkin dengan sisa
nyawa yang Allah ta'ala beri kepada kita kita maseh mampu berzikir lagi
20 tahun dan jika setahun boleh buat 70 ribu bermakna dalam tempoh 10
tahun akan datang kita sudah ada 10 stok zikir yang setiap satunya
berjumlah 70 ribu yang mampu menyelamatkan bukan saja diri kita bahkan
dapat membantu keluarga kita yang lain. Yang paling penting stok zikir
ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan