Sabtu, 12 Mac 2016

Penjenayah Paling Tampan Didunia Siap Jadi Model Ketika Dibebaskan.


Dunia maya sempat digemparkan dengan wajah Jeremy Meeks, seorang lelaki 30 tahun dari California, Amerika Syarikat. Jeremy bahkan disebut sebagai penjenayah tertampan sedunia kerana terkenal saat Polis Stockton memuat naik fotonya ketika akan ditahan pada 2014 lalu.

Jeremy harus  di penjara kerana memiliki senjata haram. Namun, ia akan segera menghirup udara bebas dalam bulan Mac ini. Jeremy pun telah merancang masa depannya sebagai seorang model kerana telah dikontrak oleh agensi Cross Management saat masih di penjara.




"Saya dalam keadaan siap menyara keluarga dan mengubah hidup saya," kata Jeremy ketika diwawancara stesen televisyen "ABC News" pada Februari lalu. "Saya tidak pernah menyangka orang-orang akan mengenali wajah saya. Saya merasa sangat diberkati dan bersyukur."

Jeremy mengaku selalu menjaga kecergasan tubuhnya dengan bersenam dan makan makanan sihat selama berada di sebalik jeriji besi. Sebabnya, ia harus memastikan keadaan tubuhnya selalu fit saat menceburi ke industri hiburan apabila bebas nanti.

Ayah kepada 2 anak  itu juga mendedahkan rasa rindunya terhadap kedua-dua anak lelakinya dan tidak lupa berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah memberi sokongan. "Saya sangat rindu keluarga saya. Saya selalu memikirkan anak lelaki saya," kata Jeremy.

"Saya banyak mendapat sokongan daripada keluarga, rakan dan para peminat," kata lelaki yang mempunyai 127 ribu followers di akaun Instagram @jmeeksofficial ini. "Saya mendapat banyak sekali surat dari peminat setiap bulan. Saya sangat berterima kasih atas semua sokongan.
gaban comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...