Sabtu, 12 Mac 2016

Sifat-sifat ahli syurga


Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).


Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.
 
Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda”Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam badan).(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda”Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan cahaya bintang2”.(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

Credit  : Anak Pendang Sekeluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...