Sabtu, 19 Mac 2016

Semakan 12 Syarikat Di batal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah

 Sebanyak 12 syarikat pengendali umrah telah di batalkan lesen pengembaraan luar negeri (outbound) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) kerana terbabit dalam kes penipuan umrah.

Tindakan keras itu bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin berleluasa. Statistik terkini MOTAC dari 2012 hingga 2016 menunjukkan 54 kes penipuan pakej umrah di rekodkan dengan jumlah denda dan kompaun melebihi RM237,000.

umrah 1
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihak kementerian memandang serius kes penipuan umrah yang masih berleluasa.

Katanya, statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pula menunjukkan 2,161 kes tuntutan pakej umrah dengan nilai kerugian mencecah RM12.7 juta bagi 2012 hingga 2015.



“MOTAC memandang serius isu ini dan kita akan batalkan lesen pihak terbabit,” katanya pada sesi engagement Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dengan pengendali umrah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Sesi berkenaan yang menyaksikan hampir 500 wakil syarikat pengendali umrah hadir bagi memberikan maklum balas tentang isu penipuan umrah dan badal haji itu, di kelolakan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

Sesi dialog tertutup itu tertumpu kepada pelaksanaan sub-lesen khas umrah yang akan di kuatkuasakan pada tahun depan. Isu penawaran khidmat upah haji serendah RM1,500 turut di sentuh wakil agensi pengendali umrah yang hadir.

Berikut disertakan di antara senarai 15 syarikat yang terlibat seperti yang di paparkan di laman rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:

1. Warith NY Travel & Tours
2. Tijaratun Nur Travel & Tours
3. Qaisar Travel & Tour
4. Permata El-Nur Travel & Tours
5. Hijjaz Legend Travel & Tours
6. J & J Mesra Travel & Tours
7. Seven Seas Travel & Tours
8. Yadh Travel & Tours Sdn. Bhd.
9. ANF Holidays Sdn. Bhd.
10. Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd.
12. Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd.

http://www.lelakisihat.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...