Resepi Kek Pound 7 Up

Bahan-Bahan:
1 ½ cawan mentega
3 cawan gula pasir
5 biji telur
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh ekstrak lemon/jus lemon
3 cawan tepung serbaguna – diayak
½ sudu teh garam
¼ cawan whipping cream/krim putar
1 cawan minuman 7-Up



Cara Membuat:
1. Panaskan ketuhar kepada 325 F (162 C). Griskan loyang kek dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula ekstrak vanila dan ekstrak lemon. Tambahkan tepung serta garam dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan pula whipping cream atau krim putar serta 7-up. Kacau adunan sehingga sebati dan kembang.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 1 jam dan 10-15 minit (periksa selepas tanda 1 jam) atau uji dengan pisau dimasukkan ke tengah kek, pisau keluar bersih.
6. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk sebentar. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan bolehlah dihidangkan.
resepibonda