Sabtu, 12 Mac 2016

Resepi - Kari Ketam Bernanas (Masakan Utara)

Ketam kebiasaannya dimasak gulai lemak, masak sambal, dimasak masam manis. Jarang sekali di sebelah dimasak kari. Tetapi di sebelah Utara, ketam kebiasaannya dimasak kari dengan nanas manis. Tujuannya ialah supaya kuah ketam akan terasa manis dan menambahkan aroma masakan kari ketam ni. Memang amat menyelerakan. .. Lagi satu rahsianya, kalau ketam telah habis, jangan dibuang kuahnya. Boleh dicicah dengan roti benggali atau roti sandwich, atau merendam biskut cream crackers dalam kuahnya.  


So untuk sajian tengah hari ini,  nak kongsi masakan Utara, kari ketam nanas `tumis darat’. Tumis darat ini bermakna tumis di atas.  Dah cukup menu untuk makan tengah hari ini.
 
 

Bahan-bahannya:
 
10 ekor ketam saiz sederhana
3 biji cili hijau
1 biji tomato saiz besar - dibelah 4
½ biji nanas – dipotong kepingan serong.
200 ml santan pekat dicampur dengan 1 cawan air
Gula dan garam secukupnya.


Bahan A: Pes kari (dikisar menggunakan blender basah):
2 paket rempah kari udang/ketam (paket kecil)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Air secukupnya untuk mengisar bahan-bahan di atas.
Bahan untuk tumis darat
Bahan B: Untuk tumis atas
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis


Penyediaannya:
Ketam disiang dan dibersihkan. Kalau ketam besar, dibelah dua.

Masukkan ketam bersama dengan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambahkan 2 cawan air. Masak sehingga kuah mendidih.

Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.

Akhir sekali masukkan ketam dan nanas. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih dan letakkan cili hidup dan tomato biji.

Tutup api dan ketepikan periuk kari.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan B sehingga kekuningan, kemudian dicurahkan di dalam periuk tadi. Tutup periuk supaya aromanya tidak keluar.
Sebelum menghidang, kacau rata kari dengan bahan tumisan tadi.
Ketam dan pes kari disatukan dalam periuk
Bahan-bahan tumisan untuk `tumis darat'
Bahan-bahan tumisan yang dicurahkan ke dalam periuk kari ketam
Kuahnya, boleh dicicah dengan roti benggali dan biskut cream crackers.  Sedap.....

Dihidangkan bersama sambal tauhu               http://sajiandapurbonda.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...