Ahad, 6 Mac 2016

Info - Cara Melayan Anak Yang Terlalu Aktif


Orang kata - orang katalah anak-anak yang aktif ni adalah anak-anak yang sihat dan bijak! Cumanya bagi kanak-kanak yang aktif ni, memang ibu bapa dia dapat senaman ekstra setiap hari. Ekekekeke... Memang ianya akan agak melesukan atau meletihkan tetapi berfikirlah secara positif bahawasanya syukurlah pada Allah yang anak-anak kita adalah anak-anak yang sihat. Farh percaya bukan Farah seorang sahaja sebagai ibu yang mengalami pengalaman melayan anak aktif dan tau bagaimana rasa itu. Ianya sesuatu yang sebenarnya sukar untuk ditafsirkan dengan perkataan rasanya. Ha ha ha... Tapi tidaklah pula Farah nak merungut yer? 
 

Bila anak terlalu aktif bagaimana pendekatan yang Farah lakukan di dalam melayan kerenah Ash setiap hari? Owhh sebelum itu, pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada “temperament” mereka. Ia juga dikenali sebagai personaliti. Jadi, tukarlah rasa “terbeban” dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan “keseronokan” agar kita tidak berasa “susahnya jaga anak yang seorang ni”. Ngee... 

Bab tidur siang tu... Memang sejak kebelakangan ni payah sikit dia nak tidur di siang hari. Semakin membesar semakin susah untuk tidur di siang hari. Leka dengan aktiviti-aktiviti dia jerlah. Orang yang terlebih dahulu makan garam mengatakan ia sebagai sedang cuba mencari akal apabila kanak-kanak sukar tidur. Tak adalah pula Farah atau Nek Ma dia nak paksa tidur kan? 

Nak kendalikan anak-anak yang aktif ni memang sebenarnya menuntut perhatian yang lebih sedikit kot? Kotlah, itu pada pemikiran Farah. Cara Farah layan Ash mudah sahaja iaitu tidak menyekat pergerakkannya, biarkan dia bermain sehingga puas dan lakukan apa-apa sahaja yang dia mahukan sehingga dia letih selagi ianya tidak berisiko untuk membahayakan diri dia dan mendatangkan kecederaan pada diri dia. 

Jika terlalu menyekat pergerakkannya dan disulam dengan makanan perkataan "no" ataupun jangan, takut-takut boleh mengakibatkan dia berasa tidak puas dan akhirnya mula memberontak. Memang agak meletihkan berganda dan memang ada kalanya sukar sedikit mengawal serta mencabar kesabaran. Ha ha ha... Tapi dah nama pun anak kan? Letih tu belakang kira... Kena pandai kawal emosi, kawal keadaan, kreatif di dalam mengendalikan dan didik diri untuk jadi insan yang sangat penyabar. 

Ash tidaklah pula membuatkan Farah rasa susah nak jaga dia, dia aktif tetapi tidak kacau orang lain. Dia dengan dunianya dan bukan satu perkara yang sukar buat Farah. Buatkan diri rasa seronok dan motivasi diri bahawasanya satu hari nanti kita akan rindu saat-saat begini di dalam kehidupan kita. Tu jer! 

*Alhamdulillah, walaupun dia aktif tetapi masih mampu Farah mencari ruang untuk pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dan Farah sentiasa fikirkan bahawasany keaktifan dia adalah sesuatu yang baik untuk perkembangan dia. 

http://www.bubblynotes.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...