Khamis, 17 Mac 2016

CIRI-CIRI FIZIKAL RASULLULLAH

Assalamualaikum..



"Aku pernah bertanya kepada bapa saudara daripada sebelah ibuku,Hind Bin Abu Halah.Aku tahu dia pandai cerita perihal sifat Rasullullah s.a.w. Pada masa yang sama , aku ingin diriku disifatkan daripada sifat baginda yang dapat aku contohinya" - Ya'kub Bin Sufyan Al-Faswi

Menurut Hind Bin Abu Halah,  Wajah baginda Rasulullah s.a.w berseri-seri seperti bulan di malam purnamanya, tinggi nya cukup tidak terlalu ketara,juga tidak terlalu pendek, dan dadanya bidang.Rambutnya selalu rapi, antara lurus dan bergelombang serta memanjang sehingga ke tepi telinganya, lebat, serta warnanya hitam. dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah antara kedua-duanya , yang apabila baginda marah , kelihatan nya seperti bercantum.
 

Hidungnya pula mancung kelihatan memancar cahaya ke atasnya . Janggutnya leat, kedua-dua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal serta giginya putih dan jarang-jarang.

Di dadanya tumbuh bulu-bulu halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana , berbadan besar dan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua-dua bahunya,tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi bulu-bulu yang halus, pada kedua-dua payudara dan perutnya bersih daripada bulu, sedangkan pada kedua-dua lengan, bahu, dan diatas dadanya berbulu pula.

Lengan nya panjang , telapak tangan nya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua-dua tangan dan kakinya tebal berisi dagingpanjang hujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan tinggi seolah-olah air memancar daripadanya.

Apabila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut(tidak seperti orang sombong berjalan)melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang seperti orang yang melangkah atas jurang. Apabila menoleh dengan semua badan nya, pandangan nya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak memandang ke arah bumi daripada melihat keatas langit,. Baginda memerhatikan sesuatu ,dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya , selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

sumber: Amalan 24 jam dalam kehidupan Easullullah s.a.w (penulis: zulkarnain Dollah)

sekian..
 http://www.dianarashid.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...