Khamis, 10 Mac 2016

Selepas Gerhana Matahari, Kemarau Melanda Malaysia


Funae fishermen sorting tuna after the catch. Sulawesi, Indonesia
Fenomena gerhana matahari yang berlaku semalam di beberapa negara Asia termasuk Malaysia dijangka mengakibatkan kemarau dan suhu panas berlarutan di negara ini dalam tempoh empat hingga enam bulan lagi.

Pensyarah Kanan Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Othman Zainon berkata, purata bacaan suhu cuaca di negara ini ialah 32 dan 33 darjah Celsius, namun ia dijangka meningkat sehingga 35 darjah Celsius atau lebih selepas fenomena gerhana semalam.



“Tarikan graviti bulan dan matahari pada permukaan laut yang berlaku semasa fenomena gerhana matahari menyebabkan suhu meningkat.”

“Ia dijangka mengakibatkan kemarau dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang di negara ini yang turut disumbangkan oleh fenomena El-Nino ketika ini,” katanya kepada Kosmo!.

Beliau berkata, kajian sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM sewaktu gerhana matahari semalam turut mendapati cuaca panas ketika ini berkait rapat dengan tiupan angin yang berhenti ketika gerhana tersebut berlaku.

Katanya, kemarau yang disebabkan oleh gerhana matahari sebenarnya pernah berlaku pada tahun 1995 dan negara mengalami cuaca panas yang panjang pada ketika itu.

Othman yang mengetuai kajian tersebut bersama sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM berkata, keadaan cuaca panas sekarang juga berikutan pertembungan fenomena gerhana matahari separa dan El-Nino
http://vitdaily.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...