Ahad, 20 Mac 2016

Resepi - Onion Ring

Saya suka onion ring....terutamanya yg jual kat A&W tu....tapi mahal sgt dan tak berbaloi pulak nak pegi situ setakat nak beli onion ring..... Kesimpulannya jom buat sendiri. Sebiji bawang hollang tu ble dapat satu mangkuk onion ring...puas mkn. Resepi ni saya cnp dari MAMAK HAJI.
 

Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter).

RESIPI ONION RING 
Bahan-Bahan Diperlukan:

2 biji bawang kuning (Holland) yang besar,
kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2".
Pisahkan gelungnya satu persatu.
Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter).
- 1 biji telur.
- 1 sudu kecil garam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
- 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.
 
Cara Penyediaan:

Masukkan ke dalam sebuah bekas. Bancuh dan pukul rata semua bahan di atas. Masukkkan tepung dan air sedikit demi sedikit dan bancuh dengan sekata (gunakan pemukul telur tangan). Bila dah siap..bungkuskan dengan bag plastik dan simpan di peti sejuk..sekurangnya 1 jam yang terbaik simpan semalaman.

Nota: air digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji gun air biasa saja.
 

Cara Goreng:

1. Panasakan kuali masukkan minyak secukup, Minyak perlu panas (350F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalm 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan dlm tepung jagung gelang bawang, lepas itu masukkan dalam adunan tepung goreng. Hindarkan lelehan lebih dan masukkan dalam minyak panas.
3. Kepanasan minyak perlu kawal selalu supaya suhunya tidak naik. Kalau panas kecilkan api dapur. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak sempurna kelaurkan dan letak diatas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu masukkan satu persatu gelung bawang dan jangan terlampau banyak masukkan. Goreng batch by batch (4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dgn adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus biarkan serbuk roti menyerap air adunana tepung dan kering sekurang-kurangnya berada 30 minit di atas grill tray. Baru lah goreng yea..
7. Onion ring kena makan panas-panas. Guna serbuk roti boleh kekalkan lama sikit keranggupan. Kalau nak makan lambat, simpan dlm oven yg panas 200 Fdarjah atau 95 C supaya sentiasa ranggup. 
Selamat mencuba.
 http://zulfadreamland.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...