Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.
Malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain.
Sendrik mau ingat, kenalkah 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?
alkurawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan