Khamis, 23 Februari 2012

Denggi: Satu lagi kematian dilapor bagi tempoh 12 hingga 18 Feb

Satu lagi kematian akibat demam denggi dilapor di Selangor bagi tempoh 12 hingga 18 Feb, membabitkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan di kediaman pesakit mendapati kadar pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu 5.8 peratus.


Dalam tempoh itu juga sejumlah 585 kes dicatat dengan peningkatan sebanyak 72 kes berbanding minggu sebelumnya.

Sembilan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya dengan Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 44 kes, diikuti Kelantan 41 kes, Sarawak (12 kes), Pahang (enam), Johor (empat), Melaka (tiga), Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing dua kes dan Pulau Pinang mencatat satu kes.


Jumlah lokaliti juga meningkat iaitu daripada 116 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 126 lokaliti, dua lokaliti 'panas' dikenalpasti di Kuala Lumpur iaitu di Taman Miharja (Miharja Kondo Fasa 3) dan Flat Sri Melaka B (Blok 24-40) di Bandar Tun Razak, Cheras.

Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 78,570 premis telah diperiksa dengan 1,083 premis didapati mempunyai pembiakan Aedes.

Lapan negeri menunjukkan kadar pembiakan Aedes melebihi satu peratus iaitu Perlis, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Terengganu
.

bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...