Rabu, 22 Februari 2012

Fakta Hari Ini - Bagaimana Senyuman Mencegah Kanser

  senyum
 Senyuman boleh mencegah kanser?. Betul ke nie? Mungkin ia sesuatu yang sukar anda percayai. Namun itulah yang ingin saya kongsikan bersama anda. Salah satu perubatan China yang mengangumkan dan juga The Theory Cancer Formulated, Australian Nobel Prize winner. 

Dalam kehidupan harian kita, kita mudah mesra dengan rakan yang mudah tersenyum berbanding dengan mereka yang asyik masam memanjang. Kalo tengok orang bermasam muka, mula la dalam hati “Eeee sombongnyer dia nie” atau “malas aku nak layan dia nieee” atau “dia ingat dia nie ensem sangat ke aper”
Namun ada rahsia disabalik sebuah senyuman.


 Rahsia yang amat besar yang mampu meningkatkan kesihatan, sistem imun dan mampu mencegah kanser yang amat digeruni. Bagaimana ini berlaku? Dengan meningkatkan fungsi dan penghasilan hormon pada kelenjar thymus. Sebelum saya menerangkan dengan lebih mendalam, apa kata kita buat satu ujikaji bagi membuka minda anda. Ujikaji boleh dilakukan pada diri anda.

Sekarang anda letakkan hujung jari-jari anda di atas, antara bawah leher dan atas tulang dada anda. Dan beri sedikit tekanan padanya. Inilah lokasi kelenjar thymus. Mulakan dengan wajah masam dan seterusnya anda mengukir sebuah senyuman yang mendalam. Anda akan rasa pada hujung jari anda perubahan yang amat ketara pada lokasi kelejar thymus tersebut. Ya, aktiviti senyuman telah merangsangkan kelenjar thymus anda.

Menurut the theory of cancer formulated by Sir Macfarlane Burner, the Australian Nobel Prize winner peningkatan pada penghasilan hormon pada kelenjar thymus, memberi kemampuan pada badan untuk mencegah kanser. Salah satu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar thymus ialah T-cell. Dan T-cell berperanan mengesan dan menghapuskan cell-cell abnormal yang merupakan penyebab kanser.

Setiap hari badan kita menghasilkan berjuta cell secara semulajadi. Dan ada diantaranya merupakan cell abnormbal. Dan cell abnormal ini jika tidak dihapuskan akan berubah menjadi cancer yang merbahayakan badan kita. Sekarang saya yakin anda telah memahami bagaimana sebuah senyuman yang mudah mampu mencegah kanser.

Namun perubatan china mendalami lagi teknik senyuman yang mampu meningkatkan lagi tenaga badan kita Teknik ini dipanggil senyuman dalaman. Secara mudah senyuman dalaman memberi senyuman ke dalam organ badan kita melalui panca indera kita. Ini membantu mengurangkan ketegangan pada organ badan dan membolehkan organ tersebut berfungsi dengan lebih baik.

Kita cuba lakukan salah satu senaman ini. Duduk dikerusi dan tutup mata anda. Seterusnya buat satu senyuman yang mendalam. Dan sekarang anda bayangkan mata anda tersenyum dengan senyuman yang mendalam. Dan bayangkan senyuman itu bergerak ke salur pernafasan dan seterusnya ke dada anda. Dan sekarang bayangkan senyuman yang sangat hebat menyelubungi dada anda. Dan sekarang anda cuba rasa dada anda dan perubahannya.

Sekiranya anda dalam keadaan tertekan cubalah buat senyuman ini. Ia sangat membantu. Saya ingatkan pada anda, tekanan menyebabkan ketegangan pada otot, salur darah dan organ badan kita. Ini akan menghasilkan toksik dan menyebabkan organ kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Dan seterusnya anda boleh jatuh sakit. So elakkan tekanan dan lakukan senyuman dalaman ini bagi meningkatkan keceriaan anda.

hairul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...