Isnin, 27 Februari 2012

Di China Ada Seekor Kambing Ambil Tugas Anjing

Seorang lelaki China mengatakan bahawa dia telah melatih kambing peliharaannya untuk melakukan tugas agar boleh menjadi seperti anjing penjaga.

Zhao Huaiyun mengatakan bahawa kambing unik berusia 20 bulan tersebut akan berkelahi dengan anjing jalanan untuk melindungi rumahnya di Mianzu, barat daya China daerah Sichuan.




Dia pun mengatakan bahwa haiwan tersebut  selalu mengingatkannya untuk mengangkat telefon ketika dia berada di luar rumah..

"Haiwan ini sangat cerdas. Dia suka menari dengan saya, dia juga boleh berjabat tangan dengan tamu," ujar Zhao.

"Ketika dia mendengar suara telepon saya berdering, dia langsung berlari ke arah saya, meletakkan kakinya ke tangan saya, dan terus mengembik hingga saya mengangkat telefon itu," lanjutnya.

"Kadang-kadang anjing tetangga datang kerumah saya dan cuba mencuri makanan, kemudian kambing saya cuba menghalanginya dan mengusirnya. Jika dia tidak boleh menang dalam berkelahi, dia akan lari masuk ke dalam rumah dan minta bantuan saya," katanya
borakosong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...