Isnin, 26 Disember 2011

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan Ujian Bulanan Secara Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ! Perkhidmatan percuma yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memantau keputusan peperiksaan anak² mereka secara online. 


SAPS+Sistem+Analisis+Peperiksaan+Sekolah

Dengan sistem ini, ibu bapa / penjaga yang tidak berkesempatan untuk menyemak ataupun berada diluar kawasan, boleh menyemak keputusan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM dan ujian bulanan anak² mereka. Selain itu, ibu bapa / penjaga juga boleh menyemak keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun anak² mereka menerusi pautan portal yang disediakan di bawah;



Untuk menggunakan sistem ini, caranya mudah sahaja ! Hanya perlu ikut langkah² seperti di bawah.

1) Layari laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang berwarna merah yang tertulis "Semakan Ibu Bapa"
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
4. Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

P/S : Tak boleh la nak rahsia² keputusan peperiksaan dari ibu bapa lagi lepas nie .. hik 3x .. 
anastasyea

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...