Isnin, 26 Disember 2011

SIFAT RIAK KUMAN VIRUS ! IA BOLEH MENGHAPUSKAN AMALAN ! JAUHILAH PENYAKIT HATI INI !



RASULULLAH SAW SENDIRI MENYATAKAN KEKHUATIRANNYA SIFAT TERKEJI INI DIAMALKAN OLEH UMATNYA ! APATAH LAGI, KITA SEBAGAI HAMBANYA ! SEGALA AMALAN KITA BOLEH TERTOLAK AKIBAT DARIPADA AMALAN SIFAT RIAK INI ! YA ALLAH, JAUHILAH SIFAT TERKEJI INI ! KAMI SEMUA TERLALU  BIMBANG !

APA ITU SIFAT RIAK?

RIAK IALAH PENYAKIT HATI. IA SIFAT MEMPERLIHAT ATAU MENYEMPURNAKAN IBADAT DENGAN TUJUAN MENDAPATKAN PUJIAN, SANJUNGAN, PENGHORMATAN ATAUPUN PERHATIAN DARIPADA ORANG LAIN. HAL INI AMAT BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK ISLAM YANG SENTIASA MENYERU UMATNYA AGAR BERAMAL ATAU MELAKUKAN PERKARA KEBAIKAN DENGAN HATI PENUH KEIKHLASAN DAN MENGHARAPKAN KEREDAAN ALLAH.

KEKHUATIRAN RASULULLAH SAW

RASULULLAH SAW AMAT KHUATIR SIFAT RIAK INI DIAMALKAN OLEH UMAT BAGINDA. KERISAUANNYA DINYATAKAN RASULULLAH SAW DALAM SEBUAH HADIS YANG BERMAKSUD:

"DARI MAHMUD BIN LUBAID IA BERKATA: BERSABDA RASULULLAH SALLAHU ALAHI WASALAM SESUNGGUHNYA SESUATU YANG PALING AKU KHUATIRKAN DI ANTARA KAMU IALAH SYIRIK KECIL, LALU DITANYA OLEH SAHABAT "APAKAH SYIRIK KECIL ITU YA RASULULLAH?" KEMUDIAN BAGINDA MENJAWAB "IAITU RIAK" (HADIS RIWAYAT AHMAD)

KERISAUAN BAGINDA SAW TERHADAP SIFAT RIAK INI ADALAH DISEBABKAN PENYAKIT RIAK INI MUDAH MENYERANG SETIAP INSAN. JIWA MANUSIA MEMILIKI KECENDERUNGAN SUKA MENERIMA PUJI-PUJIAN DAN KEDUDUKAN TINGGI DI HADAPAN ORANG LAIN.

ALLAH SWT MEMBERIKAN PERINGATAN BAHAWA SIFAT RIAK BOLEH MEMBINASAKAN SEGALA KEBAIKAN YANG PERNAH DILAKUKAN SELAMA INI DAN MEROSAKKAN PAHALA AMAL SOLEH SESEORANG. FIRMANNYA DALAM SURAH AL-MAUN, AYAT 4 HINGGA 6, YANG BERMAKSUD:

“MAKA CELAKALAH (AZAB) BAGI ORANG YANG SOLAT, YANG MEREKA ITU LALAI DARI SOLAT, LAGI MEREKA ITU RIAK”(SURAH AL-MAUN: 4-6)

FIRMAN ALLAH SWT LAGI, DENGAN MAKSUD:

“HAI ORANG BERIMAN JANGANLAH KAMU BATALKAN SEDEKAHMU DENGAN MENCERCA DAN MENYAKITI SEPERTI ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA KERANA RIAK KEPADA MANUSIA” (SURAH AL-BAQARAH: 264)

JUSTERU, RIAK BUKAN SEKADAR BOLEH MENYEBABKAN SEORANG TERJEBAK DALAM DOSA, IA SEBENARNYA BOLEH MENYEBABKAN AMALAN TIDAK DITERIMA ALLAH. IMAM IBNU TAYMIYYAH BERKATA: "SESUNGGUHNYA BAGI SESEORANG YANG BERSIKAP RIAK DALAM IBADAH, BUKAN SAJA IBADAHNYA BATAL, MALAH DIA TURUT MENDAPATKAN DOSA DARIPADA PERBUATANNYA ITU YANG DIANGGAP SYIRIK KECIL."

UNTUK SESUATU AMALAN ITU DITERIMA ALLAH SWT, MAKA IA HARUS MEMENUHI DUA SYARAT IAITU NIAT IKHLAS KERANA ALLAH DAN IA DILAKUKAN SESUAI DENGAN TUNTUTAN SYARIAT (MENGIKUTI SUNNAH NABI). SEHUBUNGAN DENGAN INI, FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

"BARANG SIAPA BERHARAP AKAN MENEMUI TUHANNYA, HENDAKLAH DIA MENGERJAKAN AMAL SOLIH DAN JANGAN MEMPERSEKUTUKAN DALAM MENYEMBAH TUHANNYA DENGAN SUATU APA PUN" (SURAH AL-KAHFI, AYAT 110)

MENJAUHI SIFAT RIAK

SIFAT RIAK BOLEH DIHINDARI DENGAN MEMPERKUAT DAN MEMPERTINGKATKAN IMAN SEMENTARA HATI SENTIASA TAKUT AKAN AZAB DAN SEKSAAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI.

UNTUK MENJAUHKAN DIRI ATAUPUN MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA AMALAN RIAK MAKA SETIAP MUSLIM HENDAKLAH MEMPERHITUNGKAN DIRI SENDIRI BERAPA BANYAK KEBAIKAN SERTA DOSA DILAKUKAN SUPAYA TERUS BERHATI-HATI DALAM SETIAP GERAKAN DAN APA JUGA TINDAKAN YANG AKAN DILAKUKAN.

FIRMAN ALLAH BERMAKSUD:

“DAN ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI, MEREKA SEGERA INGAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON. DAN TIADA SIAPA YANG MENGAMPUNI DOSA MELAINKAN ALLAH DAN MEREKA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJINYA SEDANG MEREKA MENGETAHUI” (SURAH ALI-IMRAN: 135)

BERTAUBAT ADALAH JALAN TERBAIK BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN DOSA ATAU YANG TERLANJUR PERBUATANNYA. TAUBAT DAN ISTIGHFAR AMAT DITUNTUT KE ATAS SETIAP ORANG YANG BERIMAN. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

“DAN ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENZALIMI DIRI SENDIRI, MEREKA SEGERA INGAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON AMPUN ATAS DOSA MEREKA. DAN TIADA SIAPA YANG MENGAMPUNI DOSA MELAINKAN ALLAH DAN MEREKA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJINYA SEDANG MEREKA MENGETAHUI” (SURAH ALI IMRAN AYAT 135).

MENYEDARI BESARNYA MUSIBAH DIBAWA SIFAT RIAK, RASULULLAH SAW MENGAJAR UMATNYA MEMOHON PERLINDUNGAN DENGAN MEMBACA DOA:

"YA, ALLAH! SESUNGGUHNYA KAMI BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA PERBUATAN SYIRIK YANG KAMI KETAHUI. KAMI MEMOHON AMPUNAN KEPADA-MU DARIPADA DOSA (SYIRIK) YANG KAMI TIDAK MENGETAHUINYA" (HADIS RIWAYAT AHMAD)

WALLAHUA’LAM.

luahfikiran 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...