Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Google Earth pada tahun 2007 .
Tasik
misteri ini kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belum
diketahui mengapa berwarna merah . Hingga saat ini belum ada maklumat
rasmi yang boleh memberikan penjelasan mengenai asal - usul warna merah
di tasik tersebut .
Menurut laporan Time , seseorang mengaku mendapat maklumat dari sumber tertentu jika warna merah itu berasal dari rumah penyembelihan haiwan . Dilaporkan Howzit MSN Travel , walaupun dari atas warna air tasik tersebut kelihatan seperti darah , namun banyak saintis yang meragui kalau warna merah itu dari darah .

Keluasan tasik yang lebih besar jika dibandingkan dengan bangunan di sekitarnya , dipastikan memerlukan darah dalam jumlah besar untuk memerahkan tasik tersebut . Selain itu darah akan cenderung berwarna kecokelatan jika sudah mulai membusuk . Teori yang masuk akal adalah warna merah itu disebabkan kerana bakteria atau alga yang tubuhnya mengeluarkan pigmen berwarna merah .
Bakteria seperti ini termasuk dalam golongan mikroorganisma halofili yang biasanya hidup di tasik atau kolam yang mengandungi kadar garam tinggi .
gaban comel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan