Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
Imam Syafie –
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan
hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah
masyarakat.
Imam Hanafi –
Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh
pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki -
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh
pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah.
Imam Hambali -
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut
kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak
pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri
- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana
berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu
hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair -
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa
memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk
menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami
- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat
kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung
oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri
- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum
kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak
berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi -
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana
menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
*Sumber dari murabbiy.wordpress.com
menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan