Jumaat, 16 Mei 2014

Info -Bahan Kimia Dalam Ubat Gigi & Sabun Punca Peningkatan Lelaki Mandul

    
Copenhagen: Bahan kimia yang terdapat di dalam ubat gigi, sabun dan cermin gelap dipercayai mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar kemandulan lelaki, lapor satu kajian terbaharu.
 
Kajian dari negara barat itu mendapati 1/3 bahan kimia isi rumah itu ditemui ada kesan langsung terhadap kesuburan sperma menyebabkan sel benih itu melepaskan enzim pra-matang ketika mensenyawakan telur. 
 
Ia adalah penyelidikan kali pertama menemui hubungan langsung bahan kimia buatan dan kesuburan lelaki. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kimia tersembunyi barangan harian. 
 
Kajian itu yang diterbitkan majalah Independent adalah sebahagian daripada kajian terperinci bahan kimia gangguan pembiakan yang berkait dengan kesuburan lelaki. Ia berharap penemuan akan membolehkan badan kawal selia Eropah memperkenalkan sekatan penggunaan bahan kimia tertentu.
 
Profesor Niels Skkakkebaek dari Hospital Universiti Copenhagen di Denmark memberitahu dalam kajian itu bahawa: Untuk kali pertama kami berjaya menunjukkan kaitan terus antara pendedahan terhadap kimia yang menjejaskan sistem pembiakan daripada produk industri dan kesan buruk terhadap fungsi sperma lelaki. 
 
Penemuan kami jelas satu kebimbangan ketika sebilangan kimia yang mengganggu sistem pembiakan mungkin lebih berbahaya daripada sangkaan. Persoalan mengenai kajian pada masa depan sama ada kajian kami boleh menjelaskan pengurangan kesuburan yang berlaku dalam kalangan pasangan moden.
 
Kajian itu sudah diterbitkan dalam Jurnal EMBO dan dilaporkan bersama Timo Strunker dari Pusat Penyelidikan Canggih Eropah di Bonn, Jerman. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...