Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The
Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu
tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.
Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan,
dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan
pelbagai jenis kanser lain.
Kajian lain mendapati cannabinoid mampu
berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan
pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang
metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain). Undang-undang dua
puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan
ganja untuk tujuan perubatan.
Golongan aktivis dan badan bukan
kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya
mereka menjalankan pungutan suara. Pungutan suara yang ditangani oleh
sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak
berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang
panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
Kawal Penggunaan
Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara
kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan
perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci
perlu dijalankan.
Antara lain yang utama ialah
mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit.
Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran
daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.
Sebagaimana dilaksanakan di
negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk
tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok
dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa. Maksudnya jika
seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada
kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan
terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja
seperti minyak ganja atau krim.
Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden
American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja
oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional
berdaftar dengan AHG.
Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah
satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai
herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya. Namun penulis
sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.
Tinjauan berjudul AHG Professional
Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis
Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan. Pada
masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja
kepada klien untuk tujuan perubatan. nSebahagian besar responden tidak
menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan
oleh undang-undang. Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka
akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang
undang-undang.
Tinjauan tersebut mendapati golongan
responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan
herba lain dalam sebahagian besar rawatan. Kaedah utama penggunaan ganja
untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap
dan dimakan/minum. Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk
tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya
kepada klien. Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah
antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan penyakit
tertentu.
Pengambilan tincture iaitu sediaan herba
yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah
amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan. Untuk
pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam
herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak
sawit.
Tincture terutama tincture arak
dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan
sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam
dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering.
Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan
walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak
Kegunaan Terapeutik
Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat
oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian
berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm? Laporan tinjauan
beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja
terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan),
kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.
Sebanyak 56.4 peratus responden
menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap
ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden
percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat
responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.
Data tinjauan tersebut juga menunjukkan
responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis
(ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity
disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar,
body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak
datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi,
fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.
Beberapa penyakit seperti bronkitis,
diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun
data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya
untuk tujuan tersebut.
Pangkalan data Natural Standard
memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas
terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan
oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai
kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG.
Sebahagian herbalis mengamalkan
penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan
daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.
Menurut mantan pengarah
Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel
penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif
yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang
dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila
ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.
http://i-malaysiakini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan