Isnin, 19 Mei 2014

Kisah Seorang Doktor Wanita Yang Bertaubat

Kisah Seorang Doktor Wanita Yang Bertaubat | Seorang alim telah dikejarkan ke hospital akibat telah dipukul teruk oleh bebarapa orang perompak, dia telah dimasukkan ke unit kecemasan dan tidak menyedarkan diri selama beberapa jam. Selepas beberapa jam dia akhirnya tersedar kembali, sebaik sahaja matanya dibuka dia terpandang seorang doktor perempuan yang berambut keperang-perangan disebelah kanannya. Lalu dia bertanya kepada doktor itu

"Aku dimana"

Jawab Doc "Di hospital, tuan telah tercerdera teruk oleh sebab itu tuan ditempatkan disini"

"Lalu,bagaimana keadaan aku sekarang?" Tnya org alim itu.

"Alhamdulillah tuan dalam keadaan stabil" Jawab doc.


  
Gambar Hiasan

Pada keesokan hari, doc yang sama merawat orang alim itu. Doc itu merawat dengan penuh cermat dan hati-hati. Pesakit itu kehairan kerana sepatutnya bukannya doc yang merawat Maka terjadilah perbualan antara mereka berdua.



Pesakit: Mengapa doc yang merawat? Dimana jururawat?

Doc: (Tersenyum) sebenarnya muka tuan seperti ayahku, oleh sebab itu saya merawat tuan"

Pesakit: Boleh aku tanya beberapa soalan kepada mu doctor?

Doc: Ya silakan tuan.

Pesakit: Mengapa engkau menjadi doctor?

Doc: Kerana saya sangat suka merawat, membantu orang yang sakit sehinggalah mereka sembuh. Terutama kanak-kanak kecil.

Pesakit: Jika engkau tidak menjadi doctor, maka apakah perkerjaan mu?

Doc: Mungkin saya akan menjadi seorang polis.

Pesakit: Mengapalah pula itu?

Doc: kerana saya sangat tidak suka orang yang membuat kejahatan, kekejaman, seperti tuan yang telah dipukul oleh beberapa orang perompak. Jika saya ketahui perompak itu pasti saya akan menangkapnya.

Pesakit: Tetapi engkau wahai doctor telah menyakiti seseorang yang mulia, engkau bagaikan telah mengambil objek yang tajam lalu engkau mencucuk kebadannya.

Doc: (Kehairan) apa maksud tuan?

Pesakit: Nabi SAW.

Doc: Boleh tuan jelaskan kepada saya?

Pesakit: Perbuatan umat Muhammad SAW yang ingkar padanya seperti mengambil objek yang tajam, lalu mencucuk-cucuk objek itu kebadan baginda hingga berdarah.

Doc: (Menundukan padangan) Lalu apa yang perlu saya buat?

Pesakit: Telah engkau katakan padaku tadi, bahawa engkau suka merawat orang. Maka engkau rawatlah baginda.

Doc: Bagaimana caranya tuan?

Pesakit: (Tersenyum) Memperbanyakkan berselawat mendoakan kesejahteraan kepada baginda, orang yang berselawat bagaikan seorang jururawat yang merawat tubuh baginda yang telah dicucuk-cucuk dan taatlah akan perintah Allah dan RasulNya.

Doc: (Keluarlah air mata dipipinya) dan terus keluar dari bilik pesakit orang alim itu.

Pada keesokan harinya terlihat akan orang alim itu kepada doctor yang merawatnya dan bertanya.

Pesakit: Boleh aku tahu, dimana doc yang perempuan berambut keperang-perangan?

Doc baru yang disangka oleh orang alim itu tersenyum dan berkata "Sayalah orangnya tuan, nasihat tuan telah membuka hati saya" Pesakit alim itu tersenyum dan terperanjat melihat doc itu sudah menutupi kepalanya dengan tudung dan membaca Bismillahirahmanirahim, berselawat sebelum merawatnya.
 http://ccnetmyv2.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...