Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan. Tahukah anda perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh badan anda? Baca setiap perkara di bawah dengan lebih lanjut.




Jangan merokok

  • Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru

Jangan makan buah

  • Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.

Jangan minum teh

  • Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

Jangan longgarkan tali pinggang anda

  • Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

Jangan mandi

  • Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah

Jangan banyak berjalan

  • Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

Jangan tidur

  • Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.`
minggauan wanita