Ahad, 18 Mei 2014

Saudah binti Zam'ah Isteri Rasullulah Selepas Kewafatan Saidatina Khadijah

saudahbintizam'ah

Walaupun nama saudah binti zam'ah tidak popular berbanding isteri-isteri rasullulah saw yang lain, dia tetap termasuk wanita yang mewakili martabat yang mulia dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah swt dan RasulNya. 


Rasullulah saw menikahinya bukan semata-mata kerana harta dan kecantikkan. Sesungguhnya Saudah tidak tergolong dalam wanita yang cantik dan kaya. Rasullulah saw melihat dalam dirinya semangat jihad yang tinggi di jalan Allah swt,kecerdasan otak,perjalanan hidup yang baik, keiamanan serta keikhlasannya kepada Allah dan RasulNya. 
 

Dalam keadaan kesepian selepas kematian Khadijah ,peristiwa israq dan mikraj berlaku. Di sana baginda menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Kaum musyirikin yang mendengar kisah itu tidak mempercayainya , bahkan memperolok-olokkan baginda. Dalam keadaan seperti itu, Saudah binti Zam'ah tampil untuk turut sama berjuang dan sentiasa menyokong Rasullulah saw kemudian dia menjadi isteri Rasullulah saw yang kedua selepas Khadijah. 

Kaulah binti Hakim salah seorang mujahid wanita yang pertama memeluk islam. Khaulah adalah isteri Usman bin Madh'um. Melalui kehalusan perasaan dan kelembutan fitrahnya Khaulah sangat memahami keadaan Rasullulah saw yang sangat mendambakan pendamping yang akan menjaga dan menguruskan baginda serta mengasuh Ummu Kalthum dan Fatimah selepas Zainab dan Ruqayah berkahwin. 

Kemudian, Khaulah menemui dan bertanya langsung kepada Rasullulah saw tentang orang yang akan menguruskan rumahtangga baginda. Baginda setuju dengan cadangan Khaulah. Baginda Rasullulah saw bertanya,"Siapakah yang kamu pilih untukku?" 
Dia menjawab,"Jika kamu menginginkan seorang gadis Aisyah binti Abu Bakar ialah orangnya dan jika kamu inginkan seorang janda Saudah binti Zam'ah ialah orangnya." Rasullulah saw mengingati nama Saudah kerana sejak keislamannya beliau begitu banyak memikul beban perjuangan menyebarkan islam. Akhirnya pilihan Baginda jatuh kepada Saudah. 

Pernikahan baginda dengannya bukanlah atas dorongan keinginan duniawi semata-mata tetapi kerana Rasullulah saw yakin bahawa Saudah dapat menyertai serta menjaga keluarga dan rumahtangga Rasullulah selepas kewafatan Khadijah. 

Saudah merupakan seorang wanita yang besar tinggi,berbadan gemuk, tidak cantik dan tidak kaya. Dia adalah seorang janda. Perkahwinan pertamanya dengan anak bapa saudaranya Syukran bin Amr dan menjadi isteri yang setia dan tulus. Suaminya Syukran , adalah orang yang pertama menerima hidayah Allah swt. Rasullulah saw memilihnya sebagai isteri kerana keimanannya yang kukuh yang mampu menjadi pemimpin di rumah ayahnya yang masih musyirik. 


Khaulah menemui Saudah dan menyampaikan berita gembira bahawa tidak semua wanita dianugerahi oleh Allah swt menjadi isteri Rasullulah saw. Ketika bertemu dengan Saudah, Kaulah memberitahu"Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah swt memberkatimu dengan nikmat sebesar ini? Rasullulah saw mengutusku untuk meminang kamu untuknya." 

Hal itu, merupakan berita besar , Saudah tidak sekali mengimpikan menjadi isteri Rasullulah setelah orang ramai membiarkannya setelah kematian suami. 

Saudah mula menguruskan rumahtangga Rasullulah saw , dia menjaga Ummu Kalthum dan Fatimah seperti menjaga anak sendiri . Saudah memiliki kelembutan dan kesabaran yang dapat menghiburkan Rasullulah saw, sekaligus memberikan semangat . 

Dia tidak pernah mengharapkan dirinya dapat sebaris dengan Khadijah di hati Rasullulah saw. 

Namun, pada dasarnya dia belum mampu mengisi kekosongan hati Rasullulah saw walaupun dia memperolehi limpahan kasih sayang daripada Rasullulah saw. Tidak berapa lama kemudian turun wahyu yang memerintahkan Rasullulah saw menikahi Aisyah binti Abu Bakar yang masih muda. 

Saudah rela dan tidak sedikit pun memiliki perasaan cemburu kepada Aisyah. Dia merelakan madunya berada dalam keluarga Rasullulah saw . Dia merasa cukup bangga menyandang gelaran ummul mukminin dapat menyayangi Rasullulah dan dapat menyakini ajarannya, sehingga dia tidak terpengaruh oleh kepentingan duniawi.

Wajahnya sentiasa ceria dan tutur katanya lemah lembut. Dia bahkan sentiasa membantu dan menyelesaikan urusan-urusan Aisyah. Aisyah sangat menyayangi Saudah. Aisyah berkata :"Tidak ada wanita yang kucintai untuk berkumpul bersama-samanya selain Saudah binti Zam'ah kerana dia memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh wanita lain."Saudah merelakan malam-malam gilirannya untuk Aisyah semata-mata untuk memperolehi keredhaan Rasullulah saw. 

Saudah mendampingi Rasululah dalam perang khaibar  . Pada peperangan ini pula Rasullulah saw Safiyah binti Huyay bin Akhtab. Mendengar khabar pernikahan itu, Saudah tetap rela dan menerima kehadiran Safiyah dengan hati yang terbuka dan bersih hati daripada perasaan cemburu dan iri hati. 

Saudah menunaikan haji wada  ' bersama isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. Setelah haji wada' , Rasullulah saw sakit tenat dan meminta persetujuan isteri-isteri baginda yang lain untuk tinggal di rumah Aisyah. Ketika Rasullulah saw sakit Saudah sentiasa menziarahi baginda dan membantu Aisyah menjaga Rasullulah saw sehingga Rasullulah saw wafat. 

Pada zaman kegemilangan Khalifah Umar bin Khattab , Saudah tetap meneruskan kehidupannya secara sendirian untuk beribadah sehingga ajal datang n. Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Saudah meninggal pada tahun ke 19 H. 

Saudah wanita istimewa kerana kekuatan dan keteguhannya dalam menempuh derita,pengusiran,penganiayaan dan kezaliman daripada kaum quraisy maupun daripada keluarganya sendiri. 
Sifat mulia yang ada dalam dirinya adalah kesabaran dan keredhaannya menerima takdir Allah swt ketika suaminya meninggal dunia, dia perlu kembali ke rumah ibu bapanya yang masih musyrik, sehingga Rasullulah saw memilihnya menjadi isteri. Tak pernah ada perasaan cemburu dalam hatinya terhadap isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. 

Saudah juga dikenali dengan kemurahan hatinya dan suka bersedekah. Semga rahmat Allah sentiasa menyertai Sayidah Saudah binti Zam'ah dan Allah swt memberinya tempat yang layak di sisiNya.. Amin. 

"Saudah rela dan tidak sedikit pun memiliki perasaan cemburu kepada Aisyah. Dia merelakan madunya berada dalam keluarga Rasullulah saw . Dia merasa cukup bangga menyandang gelaran ummul mukminin dapat menyayangi Rasullulah dan dapat menyakini ajarannya, sehingga dia tidak terpengaruh oleh kepentingan duniawi."

Sumber : 100 Tokoh Wanita Disisi Rasullulah
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...