Sabtu, 31 Mei 2014

Resepi -Masak Lemak Ketam Dan Buah Munggai

Assalamualaikum,

Masak lemak ketam memang makanan kegemaran ramai. Di tambah pula dengan buah munggai atau sesetengah tempat menyebutnya buah kelor. Orang kata, betapa sedapnya masakan ni sampai mak mentua lalu pun tak nampak.Iyalah..kalau lalu dari belakang macamana nak perasan, kan :).

Sebelum tu ada tak generasi sekarang yang tak kenal dengan buah munggai (sebutan orang utara) atau buah kelor? Saya kongsikan gambarnya juga di sini. Buah ini berbentuk kacang dan kulitnya keras dan agak berserat. Kena kupas dahulu kulit luarnya sebelum mencampurkannya kedalam masakan atau gulai. Memang siapa yang pernah merasa buat munggai ini tahulah keenakan rasanya. Kalau di sebelah utara ini selalunya di campurkan dengan masak lemak telur atau ketam. Di masukkan juga sedikit kacang dhal...hmm memang sangat sedap.
Tetapi hari ini saya ingin berkongsi resepi masak lemak yang ringkas sahaja dan macam biasa kita masak tu.
   
 



MASAK LEMAK KETAM DENGAN BUAH MUNGGAI

Bahan A (di tumbuk)
10 biji cili padi 
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih

Bahan B
6 tangkai buah munggai
3 cawan santan sederhana pekat 
1 cawan air
1 keping asam gelugur
1 batang serai - di ketuk
Garam secukup rasa
serbuk perasa - (jika suka)
4 ekor ketam - saiz sederhana
  
Cara Memasak.

1. Tumbuk semua bahan A hingga halus. Kalau nak memudahkan kerja, blender juga boleh, tapi saya lebih suka tumbuk.
  
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan nyalakan api dapur. Masukkan juga bahan yang di tumbuk ke dalam santan tersebut dan kacau hingga sebati dan mendidih. Masukkan juga asam gelugur dan juga serai.
  
3. Masukkan pula ketam yang telah di bersihkan satu persatu ke dalam kuah lemak tadi. Masukkan juga buah munggai yang telah di buang kulit luarnya.

4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa(jika suka). Renihkan hingga masak dan bolehlah matikan api dapur.

Inilah rupa buah munggai atau kelor bagi yang tidak tahu :)
  
 http://fizalgk.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...