Tak Kenal Maka Tak Cinta?
Pasti anda semua pernah bercinta tapi bolehkah anda bercinta walaupun tidak pernah langsung bertemu apatah lagi berbual mesra dengan
seseorang itu? Logikkah juga untuk anda bercinta, merindui, mengasihi
seseorang yang hidup lebih ribuan tahun dahulu? Pastinya amat sukar dan
mustahil, bukan?
Bagaimanakah rupamu wahai kekasih hatiku? |
Mampukah juga kita mencintai seseorang yang amat menyayangi dan
mengambil berat tentang diri kita ini sedangkan wajahnya pun kita tak
pernah lihat? Pasti juga anda tertanya-tanya siapakah dia? Pasti juga
anda tidak dapat mencintainya sehinggalah anda mengenali keperibadian
dan kisahnya.
Oleh itu bagaimana kita hendak mencintai pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW?
Sebuah novel mampu anda selami kisahnya sehingga mengusik jiwa,
menimbulkan rasa sedih, gembira, sayang dan benci. Mengenali pula
keperibadian setiap watak-watak di dalamnya. Pastinya watak utama yang
baik dengan mudah menyentuh jiwa untuk anda mencintainya.
Sebenarnya mudah buat kita untuk mengenali dan menyayangi Rasulullah
SAW, baca dan selamilah Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi watak utamanya
memiliki keperibadian dan akhlak yang mulia lagi terpuji dan tidak dapat
ditandingi oleh sesiapa pun, pasti mudah akan timbul kecintaan kita kepada Rasullullah SAW. Dan bila di amalkan pula setiap suruhan dan perlakuannya, maka dari kecintaan akan timbul kerinduan yang amat mengasyikkan.
Cinta Rasulullah SAW
Ketahuilah...Kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita tiada bandingannya.
Ketika hampir wafat, Jibril datang mengadap Nabi SAW. Nabi bertanya, “Apakah kemuliaan yang Allah berikan padaku?” Jibril menjawab, “Sesungguhnya pintu langit telah terbuka untukmu”. Ketika saat kritikal itu, Nabi SAW berkata, “Itu untukku, bagaiamana pula dengan umatku”. Jibril mengatakan, “Allah mengharamkan syurga dimasuki orang lain sebelum dimasuki oleh umatmu”.
Adakah beliau mengenali umat-umatnya? Apatah lagi kita yang lahir 1400
tahun lebih selepas kewafatan baginda tapi baginda masih mengambil berat
tentang umatnya walaupun baginda tidak pernah bertemu dan mengenali kita dan pada hal ketika itu baginda sudah di penghujung nyawa. Sampai begitu sekali baginda cinta dan menyayangi kita...
Idola
Maka marilah kita berselawat keatas insan yang kita cintai ini...sebagai tanda kasih dan sayang kita kepadanya... Walaupun kita tidak pernah melihat wajahnya, bertemu dan berbual mesra, engkaulah idola ku, kekasih hati ku...
Salam Jumaat. Terima kasih bersama Relaks Minda.
"Cinta itu buta tapi jangan sampai membutakan kita."
"Cinta itu buta tapi jangan sampai membutakan kita."
Admin...
http://relakssminda.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan