Baru-baru
ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan
terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.
Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:
• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan
ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.
•
Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah
motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama
bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan
kenderaan ke bahu jalan.
•
Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari
motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta
pemandu melihat kerosakan yang dialami.
•
Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama
turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.
•
Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta.
Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa
atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan
kereta.
NASIHAT
1.
Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke
balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di
kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen
minyak Petron.
2.
Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek
seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan
jantina).
3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.
4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.
5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan