Ahad, 25 Mei 2014

Resepi Cream Puff yang Sedap dan Mudah

Assalamualikum..


Hari ni nak share resepi cream puff.Google punya google Dee terbaca komen dari seorang blogger yang share resepi ni. Dia ambil resepi dari mat gebu. Tapi Dee xingatlah link blogger ni. Dia kata dia buat menjadi dan siap jual lagi. Disebabkan dah ada orang komen resepi mat gebu menjadi jadi dee pun buat dan mmg jadi. Lagi sedap di makan time sejuk. Terasa nikmat-nya. Memang sedap dan menjadi. So, tak rugi korang cuba.
  
 
Cream Puff
Sumber: Mat gebu





Cream Puff

Bahan-bahan

75 gm tepung gandum (Dee guna cap sauh)
50 gm mentega (Dee guna buttercup)
125 ml air
1/3 the garam
1 biji telur + 1 biji kuning telur - dipukul dengan garfu
1/2 the esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak atas api perlahan dan kacau hingga air mendidih dan mentega cair.
  2. Masukan tepung dan kacau dalam satu arah dengan cepat hingga sebati dan menjadi doh. Pastikan api perlahan. Lepas sebati terus tutup api untuk elakan air tersejat. Nati adunan boleh jadi keras. Biarkan doh hingga sejuk.
  3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 200C selama 15 minit (untuk oven Dee, Dee panaskan 180C selama 20 minit).
  4. Lenserkan dulang pembakar dengan mentege.
  5. Bila doh dah sejuk masukan dalam bekas mixer. Pukul doh dan masukan telur yang di campur dengan esen vanilla sedikit demi sedikit. Pukul dengan perlahan hingga adunan sebati dan nampak berkilat (adalah dalam 3-4 minit).
  6. Masukkan doh dalam piping beg. Untuk dapat kan bentuk guna nozel bentuk bintang. Dee xada nozel, so dee potong je depan plastic. Agak2 jgn kecil sangat dan jangan besar sangat potong piping beg tu ye.
  7. Paip atas dulang bentuk yang anda hendaki (Mcm bentuk cream puff). Dah siap renjis air pada cream puff tadi
  8. Jangan tunggu lama2, terus bakar cream puff tersebut pada suhu 200C selama 15 minit (Dee guna 180C selama 20 minit)
  9. Lepas tu turunkan suhu pada 180C dan bakar selama 15 minit atau hingga masak (Dee turunkan suhu 160C bakar selama 15 minit)
  10. Agak2 dah kekuningan kira dah masak la. Jangan sampai hangus pulak.
  11. Guna api atas dan bawah
  12. Sejukan atas redai

Custard Vanilla

Bahan-bahan

2/3 cawan susu segar
1 camca besar penuh tepung kastard
1 camca besar gula halus
1 camca the esen vanilla
secubit garam

Cara-cara

  1. Dalam periuk satukan gula halus, garam dan tepung kastard. Kacau sebati
  2. Masukan susu, kacau sebati lagi.
  3. Masak atas api perlahan dan kacau dengan whisk hingga sebati, pekat dan kental. Matikan api
  4. Masukan esen vanilla dan mentega dan kacau rata.
  5. Masukan dalam piping bag. Tunggu sejuk untuk di paip dalam puff.

Cara-cara hidangan

  1. Potong bahagian tengah puff dan jangan sampai terputus.
  2. Paipkan custard vanilla dalam puff
  3. Hiaskan dengan gula aising.

* Sedap di makan bila di sejukan dalam peti sejuk.

 
  
Sangat sedap makan sejuk2. Selamat mencuba.
 dzurliza-cantikcantik.blogspot

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...