Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas
,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali
sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“Apa itu wang kertas?”
wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak
menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada
hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara
wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang
digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan
Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan
bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad
s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan
wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin
dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik
bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala
urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas
Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga
hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia
termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa
besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem
pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang
berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun
berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah
Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus
mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi
dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Negara-negara dunia tidak lagi
menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti
sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF)
pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai
sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan
rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32
bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun- duyun
bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara
menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari
Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu
matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak
wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada
pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang yang beriman dan
berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan
thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya
syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah
sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di
sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik
seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan
lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya
tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada
wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat,
“wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia
bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan
dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar
disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima
pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya
atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja.
Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap
‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam
peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu
wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan
dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian
besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit
pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak
mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga
merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang
dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital.
Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah
dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak
berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997
adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi
menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu
langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini
sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar
Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan
institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta
wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang
itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan
faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan
mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu
dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak
berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang
sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam
Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak,
nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli
rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu.
Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang
kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang
yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan
sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu
menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu
tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam
pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam
serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di
dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau
institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau
institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana
kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat
perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara
sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak
stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan
golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak
adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD
dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944,
seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan
terbesar dalam sejarah manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan