Rabu, 28 Mei 2014

Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

Tetamu pembawa rezeki
Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

Di Hina Allah Kerana Seorang Tetamu

 
Renungan Pagi pilihan adalah kisah tangisan Sayidina Ali r.a kerana takutkan hinaan Allah kerana seorang tetamu. 

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Sayidina Ali r.a menangis, lalu orang bertanya kepadanya, "Apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Ali r.a lalu menjawab, "Tidak datang kepadaku seorang tamu pun semenjak tujuh hari. Aku takut, Allah telah menghinakan aku sehingga tidak ada seorang tamu pun yang datang rumahku".




Apa yang berlaku kepada Sayidina Ali r.a ini mungkin bertentangan dengan apa yang kita lalui sekarang kerana ramai diantara kita yang seboleh-bolehnya tak nak tetamu datang ke rumah. Alasan yang diberi, rumah adalah tempat privacy. Malas nak memasak, sediakan minuman buat tetamu atau meluangkan masa untuk melayan tetamu. 

Tetamu Penanda Aras Keberkatan Allah


Tanpa kita sedari, amat malang bagi kita jika tidak ada sebarang tetamu yang mengunjungi rumah kita dalam jangkamasa tertentu kerana tetamu itu adalah antara penanda aras keberkatan Allah kepada sipenghuninya. Setiap tetamu yang datang membawa keberkatan dan rezeki. Mereka yang meraikan tetamunya dengan sebaik-baik layanan, Insha Allah rezekinya tidak akan putus. Jadi jika rumah kita sudah lama tidak ada tetamu yang datang, itu mungkin petanda yang tidak bagus kerana ditakuti bala yang akan datang.
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...