ISU: Kita
umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi
macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah
sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan
dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?
PENJELASAN: Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s.
Ini berdasarkan apa yang disebut
oleh al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada
penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah.
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
Namun timbul persoalan adakah
manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli
arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang
dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?
Begitu juga wujud persoalan
berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah
(sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan
manusia (Nabi Adam) atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan
menumpahkan darah.
Persoalannya adakah di sana manusia
lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat
dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?
Sebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh al-Qur’an.
Justeru kita harus meyakini bahawa
manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam. Namun kewujudan makhluk
lain boleh dijelaskan seperti berikut:
1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam;
2. Selain itu, golongan jin, makhluk
yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah
diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia.
Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As “Jin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.”
Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang
dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa “Jin telah
melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam”
Berdasarkan riwayat-riwayat ini,
berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh
malaikat dilakukan oleh golongan jin;
3. Ada pandangan yang mengatakan
bahawa sebelum Nabi Adam telah ada makhluk yang dicipta oleh Allah yang
menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak
sempurna berbanding manusia justeru tidak dianggap sebagai manusia
sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang
melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.
4. Berdasarkan pandangan di atas
juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti
yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang
tidak mustahil.
Wallahu A’lam. Subhanallah...
www.takmungkinbenar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan