Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.
"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit
utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga
8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa
dalam kenyataan hari ini.
Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami
pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam
kawasan itu.
Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan
meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan
terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.
Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat
demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari
berkenaan.
TAOTAUAJER : Tips buat
korang yang nak sangat saksikan hujan meteor ini boleh la ikut tips ini.
Perhatikan kehadiran Bulan, sedikit sebanyak akan mengganggu
penglihatan dan mengurangkan jumlah meteor yang dapat dilihat dengan
mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan