Berikut adalah fakta-kakta mengenai susah hati:-
1) Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman
kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa
anak kita gagal di sekolah.
2) Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu,
namun adakah ia akan hidup semula?Sepatutnya kita yang hidup perlulah
mendoakan agar si mati mendapat keredhaan Allah SWT.
3) Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian
dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita
tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.
4) Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus
asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.
5) Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati
dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?
6) Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah
bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh
pada diri sendiri.
7) Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang
dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam
kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
8) Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros
dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di
penjara di bumi Allah yang luas ini.
Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati,
kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini
kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita
sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan
Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.
Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua
telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang
sihat?
(Quran 55: 13)
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang
melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda
jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.
Senyum sentiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan