Bagaimanakah agaknya sifat CINTA?
Cinta letaknya di dalam jiwa. Dan jiwa
manusia itu tunggang terbalik gayanya. Sebab itu ia dinamakan Qalb.
Justeru, Cinta sifatnya berubah-ubah. Sebab itu perlu diletakkan
‘pemberat’ yang kukuh untuk menjaganya.
Oleh itu kita perlulah meletakkan Allah sebagai pemberatnya, supaya dapat membuahkan cinta-cinta yang lain.
Darjat-Darjat Cinta
1. Cinta Agung.
Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak
akan ada yang lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan
perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi
Islam. Tiada yang akan mampu menandingi kelebihan cinta ini.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika
bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta
benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
-
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka).” - Surah At-Taubah ayat 24.
Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta kepada Rasulullah
SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita akan mampu
memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan.
Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan Uhud, tidak terkejut
mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi dia risaukan
keadaan Rasulullah SAW.
Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu Rasulullah SAW, dia berkata:
“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil apabila melihat engkau dalam keadaan baik”
Sungguh indah cinta ini.
.
2. Cinta pertengahan
Cinta ini adalah yang biasa dihidapi
oleh semua manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta
kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.
Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta
Agung tadi, maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu,
cinta pertengahan ini perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung
tadi.
Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana Allah, cinta kita
kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana Allah,
kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak
kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.
Yang menjadikan hubungan ini menarik
apabila dibina atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi
Syurga merentasi neraka.
Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan ini hanyalah
sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di atas
dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.
.
3. Cinta Hina
Apakah cinta yang hina? Itulah dia
cinta kepada taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan
begini, tiada yang akan menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina.
Tetapi hakikatnya, melanggar perintah
Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan, melakukan
apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada
taghut dan kesesatan.
Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa ‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran. Cinta inilah yang akan menyeret Cinta Pertengahan kepada kerosakan.
Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini.
Pandang sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat
kita memahami cinta. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak
diendahkan lagi. Maka rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk
ke dalam jiwanya.
Cinta sememangnya fitrah. Ia seperti
makan. Makan adalah fitrah, namun ia perlu dikawal, jika tidak ia akan
mendatangkan pelbagai penyakit. Begitu jugalah cinta.
pakar cinta“Jika benar cinta itu kerana ALLAH, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH, kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan, serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang memberi dan memilikiNYA, biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan