Membesarkan anak adalah satu perkara yang subjekif. Ada orang akan
menggunakan pengalaman dan acuan dia dididik sebagai cara untuk mendidik
dan membesarkan anak-anaknya. Ia seperti kaedah turun-temurun yang
tidak ada betul atau salahnya.
Tetapi tidak salah kalau kita sentiasa cuba belajar dan memperbaiki
diri agar boleh menjadi ibu bapa contoh yang sentiasa berusaha mendidik
dan membesarkan anak-anak dengan kaedah yang paling terbaik.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah berasa gembira dan ceria.
Apabila mereka merasa kenyang, dapat bermain bersama kawan-kawan, ia
sudah cukup membuatkan mereka ketawa gembira tanpa perlu memikirkan
masalah yang berlaku di sekeliling mereka.
Kadang kala kita perhatikan ada juga kanak-kanak yang tidak ceria dan
enggan bersosial dengan kawan sebaya. Mengapa agaknya? Kanak-kanak yang
ceria dan gembira akan melahirkan generasi yang berkeyakinan tinggi dan
sentiasa berdaya saing di masa hadapan. Bagaimana hendak melahirkan
anak-anak yang gembira dan ceria? Berikut adalah tip yang boleh
dijadikan panduan.
- Selalu bergurau senda dan ketawa bersama
Jika anda memang mengamalkan gurau senda dalam keluarga, tidak mustahil
anak anda akan membesar sebagai kanak-kanak yang gembira dan ceria. Ia
membantu kanak-kanak membentuk hubungan sesame manusia. Gelak ketawa
bersama keluarga akan membuatkan kanak-kanak bahagia dan sentiasa
berfikiran positif.
- Sentiasa bersabar
Elakkan daripada meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak.
Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda kanak-kanak akan dimasuki
dengan unsur negatif. Maka jangan terperanjat sekiranya seawal usia anak
anda mereka sudah boleh menjadi kanak-kanak yang agresif dan kurang
ajar. Bahkan sikap tersebut akan terus tersimpan dalam memori mereka
sehingga dewasa.
- Tanamkan sifat bersimpati
Ajar anak agar menghargai orang lain di sekeliling mereka. Tanamkan
juga sifat bersimpati terhadap kesusahan orang lain. Sifat positif ini
penting supaya anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang sentiasa mahu
membahagiakan dan menggembirakan orang lain juga.
- Jangan bergaduh di hadapan anak
Ibu bapa sila beri perhatian! Jangan sekali-kali bergaduh di hadapan
anak-anak. Ia akan mengganggu emosi mereka. Mereka akan berasa panik
tidak tenteram memikirkan kedua orang yang mereka sayang saling
bercakaran.
- Sentiasa Peluk Anak
Pelukan seorang ayah dan ibu kepada si anak mempunyai kuasa magis
tersendiri. Biarpun anak-anak semakin membesar, jangan lupa untuk
sentiasa memeluk mereka kerana ia dapat memberikan aura positif dan
semangat untuk anak menjadi insan yang terbaik kerana tahu ayah dan ibu
sangat menyayangi mereka.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan