Sepuluh tips untuk menjadi seorang Muslimah produktif ini mengandungi
tentang bagaimana cara seorang wanita muslim menjadi lebih produktif dan
menjadi yang terbaik dalam menjalankan peranannya untuk umat.
Berikut Arrahmah.com sajikan terjemahan tips yang in syaa Allah
bermanfaat bagi kaum Muslimah yang bersumber dari SISTERS Magazine dan
dimuat semula oleh Saudari Lotifa Begum di Productive Muslim pada Rabu
(12/4/2014) tersebut.
Ada kenyataan yang mendalam yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah yang mengatakan: 'Wanita adalah setengah dari masyarakat yang melahirkan setengah lain sehingga seolah-olah mereka adalah seluruh masyarakat.'
Jika wanita membentuk hampir seluruh masyarakat, bukankah seharusnya
kita berjuang untuk menjadi produktif dalam hidup ini untuk ke depannya?
Namun kita tahu tidak lah mudah menjadi seorang Muslimah saat ini! Pada
kenyataannya, untuk menjadi seorang saudari, ibu, isteri, profesional
dan lebih bermakna, seorang Muslimah di era moden ini boleh mendapati
dirinya berjuang untuk menjadi produktif, cuba untuk menangani semua
tugas pada senarai-yang-perlu dikerjakan-yang-semakin-banyak.
Dalam artikel ini kita akan mula menerokai 10 tips untuk menjadi
Muslimah produktif dan kita akan melihat langkah-langkah praktikal yang
boleh anda ambil untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif.
1. Milikilah niat yang tulus
Di Productive Muslim kami mempunyai motto yang menyatakan: 'Mempunyai
niat yang tulus dan bekerja keras'. Ini merupakan motto kehidupan
seorang Muslimah produktif. Dengan diawali niat yang tulus dalam setiap
tindakan kita, baik sebagai seorang pekerja profesional dengan berusaha
bekerja dengan niat yang baik untuk membawa perbezaan positif atau pun
sebagai isteri atau ibu yang sibuk mengawasi keluarga, kita dapat
memperolehi manfaat dan berkat dalam tindakan kita yang bermula dengan
niat yang tulus selalu!
2. Jadilah proaktif
Salah satu pelajaran terbaik yang pernah saya pelajari dalam hidup adalah bahawa untuk menjadi produktif, kita perlu proaktif. Ini
tidak bererti untuk menjadi produktif anda harus sibuk; pada
kenyataannya, orang-orang sibuk mungkin justeru tidak produktif.
Sebaliknya, anda perlu menumpukan tenaga anda untuk menjadi aktif di
tempat-tempat yang akan membawa manfaat bagi tujuan hidup anda secara
keseluruhan, in syaa Allah.
Sebagai contoh, salah
satu cara saya proaktif adalah dengan menghadiri kursus pembangunan
peribadi dan spiritual dan kemudian berkongsi dengan orang lain melalui
menulis artikel atau menyampaikannya melalui perbincangan. Kami
mendapati bahawa dalam contoh tokoh-tokoh sejarah dan kontemporari,
menjadi proaktif adalah salah satu ciri-ciri Muslimah berjaya.
3. Carilah pengetahuan
Sering disebutkan bahawa jika anda mendidik seorang lelaki, sama dengan
anda mendidik seorang individu, tetapi jika anda mendidik seorang
wanita, sama dengan anda mendidik sebuah bangsa, dalam erti pentingnya
saudari-saudari [Muslimah] untuk terus mencari pengetahuan.
Untuk menjadi seorang Muslimah produktif, carilah
program-program yang tersedia secara online melalui pelbagai organisasi
Islam untuk seminar offline dan kursus tempatan yang akan membantu
untuk mengembangkan pengetahuan anda. Di era moden, mengakses buku-buku
di Kindle dan di perpustakaan serta kedai buku bermakna anda boleh
membaca tentang hampir semua topik yang anda perlukan untuk mengembangkan pengetahuan anda dan kemudian memberikannya pada anak anda, keluarga dan masyarakat luas.
4. Rancangkanlah masa anda secara berkesan
Salah satu rahsia menjadi produktif adalah bahawa anda tidak membuang masa! Salah satu perkara pertama yang Muslimah produktif harus lakukan adalah merancang waktunya secara berkesan. Ini termasuk penjadualan
waktu untuk belajar, bekerja, beribadah dan menghabiskan masa dengan
keluarga dan jika anda mempunyai anak-anak, tetapkan masa bagi mereka
dan diri anda sendiri sehingga anda tidak kebingungan. Pilih dengan bijak bagaimana anda menghabiskan masa anda.
Salah satu perkataan yang mendalam tentang kegunaan memanfaatkan waktu dengan baik adalah perkataan salah seorang ulama besar, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah yang menyatakan: "Jika Allah menginginkan kebaikan untuk hamba-Nya, Dia menolongnya dengan masa dan membuat waktunya sebagai penolong baginya."
5. Muhasabah diri
Sebagai seorang Muslimah proaktif, boleh begitu sukar untuk menilai
seberapa berkesan anda menggunakan masa dan mampu memenuhi semua peranan
anda. Dengan pemikiran ini, sebaiknya anda secara teratur meluangkan
masa untuk muhasabah diri, mungkin pada penghujung hari anda boleh
menjurnal apa yang berjalan dengan baik di hari anda dan juga bersikap
kritikal terhadap bagaimana anda boleh menggunakan masa anda dengan
lebih baik untuk hari berikutnya. Hanya dengan terus-menerus memuhasabah
diri dan mengumpan balik kita boleh meningkat, berkembang dan menjadi
lebih produktif, in syaa Allah.
6. Fokuslah pada kualiti daripada kuantiti
Ada sebuah hadits yang sering mengingatkan saya bahawa sebagai umat
Islam kita perlu berusaha untuk menyempurnakan apa-apa tugas atau projek
yang kita mula; Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Allah menyukai apabila engkau melakukan sesuatu, engkau melakukannya dengan baik." [HR Muslim].
Seorang Muslimah dalam memulakan aktiviti apa pun, selalu mengingatkan
diri sendiri bahawa kualiti lebih difokuskan daripada kuantiti. Lebih
baik unggul di satu tempat, seperti menulis atau menjadi ibu yang baik,
daripada melakukan pekerjaan yang biasa-biasa saja dengan fokus pada
terlalu banyak hal. Seorang Muslimah produktif selalu berusaha untuk unggul dalam apa yang dia lakukan dan tidak puas dengan yang biasa-biasa saja.
7. Lakukan yang terbaik!
Beberapa cerita yang paling inspirasi dari isteri-isteri Nabi shalallahu
'alaihi wa sallam dan banyak Muslimah produktif lain menunjukkan bahawa
mereka bekerja keras untuk menjadi yang terbaik dalam peranan mereka,
seperti Khadijah radhiallahu anha yang merupakan seorang wanita
perniagaan yang berjaya. Sebagai seorang isteri atau ibu, anda
boleh fokus pada menyokong suami anda dan bahawa tindakan kecil saja
boleh menjadi salah satu cara anda menjadi seorang isteri yang
produktif. Memberikan yang terbaik untuk peranan dan tugas
yang ada di tangan memerlukan fokus dan untuk mengeluarkan tenaga anda
hanya [fokus] untuk tugas yang ada di tangan anda.
8. Manfaatkan wawasan
Hidup di era maklumat dan teknologi, kita adalah generasi yang telah
dilengkapi dengan banyak alat teknologi, buku, rangkaian dan pengetahuan
yang berguna yang boleh kita manfaatkan untuk menjadi lebih produktif
dan terancang dalam hidup kita. Anda boleh menggunakan alat-alat dalam
talian untuk membantu menetapkan masa anda, seperti yang ada di bahagian
Resource kami, untuk mengembangkan pengetahuan anda dan belajar banyak
kemahiran baru secara online dengan kursus yang akan membuat anda lebih
berwawasan. Gunakan sumber ini untuk menjalani kehidupan yang lebih
produktif.
9. Berusahalah untuk bermanfaat bagi orang lain
Ramai Muslimah produktif dari sejarah hingga moden yang telah mencapai
hal-hal besar kerana pemahaman mereka tentang hadits yang indah ini di
mana Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang bermanfaat bagi umat." [HR Bukhari] . Selalu bertanya pada diri sendiri dengan soalan ini: 'Adakah tindakan saya bermanfaat bagi orang lain?'
Ini akan membantu anda untuk memutuskan tindakan apa yang berharga dan
membantu anda menetapkan inisiatif sebagai ibu, isteri, profesional atau
mahasiswi untuk membawa manfaat bagi orang di sekitar anda yang juga
akan menguntungkan diri anda sendiri.
10. Bertawakallah pada Allah
Akhirnya, Muslimah produktif, di samping perjuangan dan usahanya, harus
sentiasa sedar bahawa kejayaan dalam mencapai tujuannya hanya akan
datang dari Allah yang berfirman dalam Al-Qur'an: "Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman."
[QS. 5:23]. Fokus pada produktiviti spiritual adalah bahan rahsia untuk
menjadi berjaya. Sebagai seorang muslimah, anda perlu bekerja keras,
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan merancang masa anda secara
berkesan dengan doa, kemudian meletakkan kepercayaan anda pada Allah
dengan selalu memohon kepada-Nya untuk menolong anda mencapai kejayaan
tertinggi dalam kehidupan ini dan akhirat.
unikversiti.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan