1. Sensitif
Cara
pertama untuk memikat hati lelaki pemalu adalah dengan bersikap lebih
sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk
jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka.
Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.
2. Bersikap Comel Dan Manis
Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cubalah melatih
diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang
yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga
dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini
benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.
3. Bersikap Ramah
Sesetengah
lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun
untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang
boleh dijadikan rakan. Cubalah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa
jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri
masing-masing.
4. Jangan Gelojoh
Ingat
bahawa lelaki pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan
agresif. Perlahan-lahan mengambil hati si dia. Memang benar gadis perlu
mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda,
jadikan ia lebih semulajadi.
5. Kenali Si Dia
Apa
sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai
gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik
memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang
pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa
lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal
mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit
dirinya secara sopan, percayalah dia akan sukakan diri anda.
6. Pujilah Si Dia
Semua
lelaki sukakan pujian. Begitu juga wanita, semua lelaki gemarkan wanita
yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang
lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru
rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah
kunci kepada hati lelaki.
7. Lakukan Secara Lembut
Apabila
anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar pemalu, salah satu cara
untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut.
Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan
halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia.
8. Gerak Bahasa Tubuh
Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balasdan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat
anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si
dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!
9. Bersikap Kelakar
Bila
anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti
yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar
dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh
melegakan ketegangan di dalam dirinya.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan