Rabu, 28 Mei 2014

Takziah -Sultan Perak Mangkat

 
Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi, dan pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar , umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui siaran secara langsung RTM petang ini

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda. 


Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Perak juga diisthiyarkan bercuti umum esok
berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...