Ahad, 25 Mei 2014

Info- Pemahaman Asas Bahan Mengandungi Khnizir

  

Isu paling besar dalam industri pemakanan terkini ialah coklat Cadbury yang mengandungi unsur-unsur khinzir dan ini telah memeranjatkan semua peminat coklat.

Aku pun tak tahu berapa banyak umat islam negara ini telah menelan bahan haram ini menjadi darah daging kita dan aku pun tak faham kenapa lambat sangat pengesanan coklat ini mengandungi unsur khinzir?

Negara ini yang bercita-cita menjadi hub halal nampaknya perlu di perkukuhkan sistem pemantauan agar sijil halal JAKIM bukannya satu sijil bahan jenaka semata-mata...

Mungkin ramai daripada Umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis "This product contain substance from Porcine."
 

Sebenarnya bermaksud, "Produk ini mengandungi bahan daripada Babi".

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of this gelatin capsule is Porcine", yang bermaksud, "Kapsul gelatin ini diperbuat daripada Babi."

Berikut antara istilah Sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi bahan2 dari Babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.

3. Hog: Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi hutan/liar.

5. Lard: Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi.

7. Ham: Daging pada bahagian peha Babi.

8. Sow: Istilah untuk Babi betina dewasa. (Jarang2 digunakan).

9. Sow Milk: Susu Babi.

10. Pig: Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.

Semoga Allah S.W.T. akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah S.W.T. memelihara kita di Dunia dan di Akhirat... Amin...
 http://hanifidrus.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...