Angin merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Mengapa demikian?
Kerana angin adalah udara yang bergerak dari suatu tempat yang
bertekanan udara tinggi ke tempat lain yang bertekanan udara rendah.
Ianya tidak boleh di tiru oleh manusia. Hanya Allah yang dapat
menciptakan itu. Sekalipun ada, hasil yang ia ciptakan tidak akan sama
seperti apa yang dibuat oleh Allah SWT.
Permukaan bumi senantiasa mendapat pemanasan yang berbeza di setiap
tempat. Ini kerana tekanan udara disetiap tempat adalah berbeza. Keadaan
ini menimbulkan gerakan angin yang berbeza-beza arah dan kecepatannya.
Pernahkah anda memerhatikan bagaimana terjadinya proses pembentukan
hujan? Jauh sebelum ada ilmu meteorologi moden, pada abad ke-7 M,
Al-Quran telah menjelaskan tentang fungsi angin dalam proses pembentukan
hujan.
Dalam surah Al-Hijr [15] ayat 22, dijelaskan tentang sifat angin yang mengahwinkan hingga terbentuknya hujan. "Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya," (QS Al-Hijr [15]: 22)
Ayat ini menekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah
angin. Hingga awal abad ke 20, satu-satunya hubungan antara angin dan
hujan yang diketahui hanyalah bahawa angin yang menggerakkan awan.
Namun penemuan ilmu meteorologi moden telah menunjukkan peranan
"mengahwinkan" dari angin dalam pembentukan hujan. Fungsi mengahwinkan
dari angin ini terjadi sebagaimana berikut: "Di atas permukaan laut dan
samudera, gelembung udara yang tak terhitung jumlahnya terbentuk akibat
pembentukan buih. Pada saat gelembung-gelembung ini pecah, beribu-ribu
zarah kecil dengan diameter seperseratus milimeter, terlempar ke udara.
Zarah-zarah ini, yang dikenali sebagai aerosol, bercampur dengan debu
tanah besar yang dibawa oleh angin dan selanjutnya dibawa ke lapisan
atas atmosfera. "
"Zarah-zarah ini dibawa naik lebih tinggi ke atas oleh angin dan bertemu
dengan wap air di sana. Wap air memeluwap di sekitar partikel-partikel
ini dan berubah menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini
mula-mula berkumpul dan membentuk awan dan kemudian jatuh ke Bumi dalam
bentuk hujan. "
Angin "mengahwinkan" wap air yang melayang di udara dengan zarah-zarah
yang di bawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan.
Apabila angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera
bahagian atas tidak akan pernah terbentuk dan hujan pun tidak akan
pernah terjadi. Mahabesar Allah dengan segala Firman-Nya.
unikversiti.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan