Rabu, 28 Mei 2014

Landasan Ekstrem - .Pesawat Hanya Mendarat Bergantung Pada Pasang Surut Air Laut

Lapangan terbang ini mempunyai landasan berupa pantai. keunikannya ini merupakan hanya satu-satunya di dunia.

 Jadual penerbangan pesawatnya pun amat bergantung dari ketinggian air pasang di pantai tersebut kerana boleh saja dalam sehari landasan akan tenggelam oleh air pasang.

                              

Hal lain yang lebih ekstrem adalah pantai ini terbuka untuk umum.



 Tetapi ketika angin bertiup sangat kencang, lapangan terbang ini tidak beroperasi. Para pelancong yang sedang bermain di pinggir pantai harus berhati-hati apabila lapangan terbang dibuka sebab pada bila-bila saja pesawat boleh berlepas dan mendarat.

Jadi harus teliti mendengar pengumuman yang disampaikan oleh petugas lapangan terbang melalui pembesar suara bilamana pesawat akan berlepas atau mendarat.

                           
Meski hampir sangat ekstrem, Barra Airport ini diiktiraf di seluruh dunia. Di pantai ini mempunyai 3 runway (landasan) yang ditandai dengan palang kayu di hujungnya.

 Lebih gila lagi, penerbangan malam hari juga membolehkan untuk dilakukan di lapangan terbang ini apabila ada keadaan darurat yang mendesak.
akak disebalik pintu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...