Pokok
merupakan tumbuhan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia
terutamanya dalam menghasilkan bekalan oksigen untuk semua kehidupan di
Bumi..Ia juga sering dijadikan penghias landskap di kawasan
bandar..Walaubagaimana pun, ada sesetengah pokok boleh memberikan
mudarat kepada manusia yang berada berhampiran dengannya..Nak tahu apa
pokok-pokok tersebut, meh usha kat bawah ni..
1. The Manchineel
Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud "little apple of death".
Apa yang menakutkan, buah pokok ini kelihatan sama seakan-akan seperti
buah epal. Pokok ini boleh ditemui di sekitar kawasan Hemisphera Barat
iaitu di Bahamas, Florida dan sekitar pantai Carribbean. Apa yang
menjadikan tumbuhan ini berbahaya ada lah getahnya yang mengandungi
bahan phorbol, yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang
serius. Manakala, sekiranya pokok ini dibakar, asapnya boleh menyebabkan
pedih pada mata dan buta sekiranya terkena pada organ berkenaan.
Buahnya pula mengandungi racun berbahaya dan boleh membawa maut
sekiranya dimakan.
2. The Apple Tree
Pada sebilangan
orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti epal boleh
mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar yang
berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal mengandungi
bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun.
3. The European Yew
Pokok ini lazim
ditemui di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Barat-Utara. Semua bahagian
tumbuhan ini adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian. Satu-satunya
bahagian pokok ini yang selamat dimakan untuk burung adalah aril merah
yang mengelilingi biji benih. Terdapat kes-kes di mana mereka yang ingin
membunuh diri akan memakan biji benih pokok ini. Bahan toksik pada
tumbuhan terdiri dari bahan yang dikenali sebagai taxanes.
4. The Doll's Eye
The Doll's Eye
merupakan tumbuhan ganjil yang mempunyai rupa yang pelik. Tumbuhan ini
amat berbahaya kerana mengandungi toksin kardiogenik, yang membawa kesan
sedatif ke atas otot jantung. Ia boleh mengakibatkan sakit pada jantung
yang selalunya berakhir dengan kematian. Habitat tumbuhan ini adalah
dikawasan hutan campuran dan hutan berkayu keras. Ia boleh mencapai
ketinggian kira-kira 2 kaki dan 3 kaki diameter. Ia boleh ditemui di
kawasan Amerika Utara.
5. The Stinging Tree
Tumbuhan berbahaya
ini berasal dari Indonesia dan Queensland di Australia. Ia boleh
menyebabkan kematian dengan hanya menyentuh mana-mana bahagian tumbuhan
berkenaan. Pokok ini merupakan spesies Dendrocnide. Ia boleh membesar
sehingga 131 kaki serta mempunyai bulu-bulu halus pada daunnya yang
boleh menyebabkan tindak balas yang teruk pada kulit. Masyarakat asli
Australia menggunakan tumbuhan ini untuk membuat garisan dan jaring.
6. The Suicide Tree
Pokok ini mendapat
namanya berikutan ramai orang akan memakan buahnya bagi tujuan membunuh
diri. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cerbera Odollam dan ia
boleh ditemui di India dan kawasan Asia Selatan. Kawasan berpaya
merupakan zon prolifik yang sesuai untuk hidupan ini. Bunganya berwarna
putih cantik dan buahnya seakan-akan buah mangga apabila matang.
Buah-buahan pokok ini mengandungi bahan cerberin iaitu toksin kuat yang
menyebabkan gangguan pada rentak jantung dan kematian. Walaubagaimana
pun, pokok ini digunakan untuk membuat deodoran dan racun boi-serangga.
7. The Sandbox Tree
The Sandbox Tree merupakan spesies Hura Crepitans
dan boleh ditemui di Asia Selatan dan Amerika Utara. Ia mempunyai
batang berwarna gelap dan duri-duri tajam. Ia juga boleh mencapai
ketinggian 200 kaki manakala daun nya yang bujur boleh mencapai ukuran 2
kaki lebar. Buah-buahnya menggunakan agen cambahan berupa letupan bagi
menyebarkan biji benih. Kelajuan biji benih selepas meletup boleh
mencapai kelajuan setinggi 70 meter per saat, merupakan sesuatu yang
berbahaya pada manusia. Pokok ini turut menghasilkan sap getah yang
mempunyai tahap racun yang tinggi.
p/s: Jaga-jaga kalau berkunjung ke negara orang, pokok kat sana bukan nak sama macam pokok kat sini
drysheet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan