Pastikan ayam
dimasak dengan api sederhana
supaya isinya masak kerana peha
ayam mengambil masa lebih lama
berbanding dada ayam.
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 500gm paha ayam
- 250ml minyak masak
- 40gm bawang putih | dikisar halus
- 30gm halia | dikisar halus
- 1 biji telur ayam
- 10gm daun kari
- 60gm serbuk kari daging
- 15gm serbuk cili
- 25gm serbuk kunyit
- 10gm serbuk jintan manis
- 10gm serbuk jintan manis
- 125gm tepung jagung
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Letakkan ayam yang siap dipotong dan dibersihkan ke dalam bekas atau mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar dan pecahkan telur ke dalam bekas tadi.
3. Gaul sehingga rata dan masukkan daun kari, serbuk kari daging,
sebuk kunyit, jintan putih, cili, jintan manis dan tepung jagung gaul
sehingga rata
4. Taburkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan perapkan satu jam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali
dan gorengkan ayam tersebut.
6. Kacau perlahan sehingga ayam tersebut cukup masak dan garing.
7. Hidangkan bersama cili atau tomato sos. Sedia dinikmati.
rasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan