Sebenarnya, kita manusia sebagai
Khalifah di Muka Bumi ALLAH
telah ditugaskan untuk melaksanakan syiar islam dan memakmurkan bumi
ini. Antara perkara penting yang kita lakukan juga sebagai khalifah
ialah saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Pakar Cinta
di sini ingin mengungkapkan kata “
kasih sayang” dan apabila bercakap mengenai kasih sayang, ianya sudah tentunya fitrah yang diingini oleh setiap makhluk di muka bumi ini.
Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah
swt, maka mereka tidak akan mampu mengiranya. Sekalipun lautan yang luas
itu dikirab dan daratan tiadak akan terjangkau pemberiannya kepada kita
sebagai hambanya. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt
kurniakan disekeliling kita.
Tetapi ramai dari kita yang sering lupa dan leka dalam bersyukur dan
tidak melaksanakan segala perintahnya. Bayangkanlah nikmat ALLAH kepada
kita bahawa apabila kita berjalan keluar dengan kaki, menghayun tangan,
menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang mempunyai
banyak manfaat kepada kita!
Perasanlah bahawa inilah
nikmat ALLAH terbesar berikan pada kita! :)
Sekiranya ALLAH menyuruh kita membayar semua nikmat yang diberikan
dengan nilai mata wang. Berapa agak-agak nilai matawang tersebut? Tepuk
dada tanya iman. Alhamdulillah, Ya Allah.. :)
pakar cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan