Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, pedagang-pedagang Arab telah sampai ke
negara China melalui laluan sutera ( Silk Road) dan mula memperkenalkan
Islam. Pada tahun 650 Masihi, khalifah ke-3, Uthman Bin Affan r.a.
telah menghantar delegasi rasmi ke China semasa zaman Dinasti Tang.
Pemerintah China pada zaman itu telah mengarahkan pembinaan masjid di
bandar Chang’an yang merupakan titik permulaan kelahiran Islam di China
dan seterusnya berkembang ke daerah-daerah lain.
Penaklukan orang-orang Monggul ke negara China dan Parsi telah
melebarkan pengaruh Islam dari sudut budaya dan perhubungan di antara
negara China dan dunia Islam. Pada zaman Dinasti Ming, kejayaan kerajaan
pada masa itu telah banyak dipengaruhi oleh pemahaman dunia islam. Pada
zaman itu, ramai muslim di negara China menyandang jawatan tinggi dalam
kerajaan. Walaubagaimanapun, pengaruh Islam telah merosot pada zaman
Dinasti Qing.
Selama 500 tahun, Al-Quran bersadur emas ini telah dibawa oleh orang
Islam Arab pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah ke Timur Turkistan
(Xinjiang) ke Yunan, China dan seterusnya ke Malaysia. Dipercayai
bahawa ia telah dibuat pada kurun ke-16 hingga ke-18 dalam skrip Nasakh.
Al-Quran ini telah melalui zaman kegelapannya pada awal kurun ke-20
kerana pada ketika itu Kerajaan China telah melarang pembelajaran dan
pengajaran Al-Quran. Tulisan Arab bersama semua rekodnya telah dibakar
termasuk banyak artifak yang mempunyai pengaruh dunia Islam telah
musnah. Walaubagaimanapun, Al-Quran’ ini telah berjaya diselamatkan dan
menjadi satu-satunya Al-Quran yang bersadur emas dari China.
Naskhah ini merupakan Al-Quran saduran emas buatan tangan dengan
pengaruh seni Islam yang sangat berharga untuk warisan keislaman. Ia
mengandungi 28 set (19-20 keping bagi setiap set). Quran ini (pengaruh
Uthmaniyah) disimpan di dalam 14 kotak bersadur. Saiz setiap kotak ialah
23.5cm panjang, 17.5cm lebar dan 3cm tebal. - Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan