Jumaat, 23 Oktober 2015

Resepi: Shepherd's Pie sedap hingga menjilat jari

Assalamualaikum

Sempena hari yang indah dan sejuk dek kerana suhu kat ofis yang ala-ala winter sonata ni, tetiba terasa nak makan shepherd's pie la pulak. Erm.. macam tak da kaitan je shepherd's pie dengan kesejukan. Abaikan saje, yang penting chef hari ni nak kongsikan resepi yang sonang dan sodap. Bak kata pepatah orang zaman batu 'kacang je' nak buat nye. Orang malas pun bole jadi rajin nak buat akibat daripada kesenangan yang amat sangat.

Kredit: inspirasi resepi dari blog Cik Epal Gojes


Ni bahan-bahan untuk buat lapis-lapis dia atau dalam bahasa omputihnya untuk layer bawah dan atas.. erk..betul ke tu.. bole la bole la..
Kentang dalam 10 biji atau lebih (ikut saiz | saya guna dalam 12 biji
3 sudu besar butter / planta / margerin | ikut suka
Lada sulah + garam sesedap rasa
Susu segar 1/4 cawan

Ni Bahan-bahan untuk inti
1 paket  ayam cincang @ daging pun bole
1 @ 2 ulas bawang merah | cincang
5 ulas bawang putih | cincang
1 biji tomato gebu | dadukan
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang
Daun ketumbar
2 sudu sos cili
Garam



Mari mula memasak.. Mulakan dengan kentang-kentangan dulu
Mula-mula kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai empuk seempuk-empuknya


Dah empuk bolehlah mula melenyek kentang bersama campuran butter, lada sulah dan garam

Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan lenyek lagi


Agak-agak dah cukup tahap kelenyekannya, dah tak de ketul-ketul.. boleh lah diketepikan dulu. Kita nak wat inti pulak



Untuk ini kita mulakan dengan....
Cairkan butter
Masukkan bawang merah dan bawang putih
Masukkan daging @ ayam cincang


Masukkan tomato puree, sos cili, garam, daun ketumbar dan gaulkan sehingga sebati



Masukkan cendawan butang + tomato dadu


Gaul-gaul-gaul..
Dah siap

Inilah kejadiannya.. Kentang lenyek + inti daging



Hokey.. mari kita mulakan acara melapis-lapis
Letak lapisan kentang kat dasar loyang korang.. Jangan buh habis pulak, nanti nak letak kat atas sekali

Bubuh la inti daging tu kat atas kentang tadi, ketebalannya ikut suka tekak korang

Kat atas inti daging tu, letak selapis lagi kentang lenyek tadi

Konon nak kelihatan kreatif, aku pun letaklah lapisan kuning telur lepas tu gariskan-gariskan dengan garfu.. ha kreatif tak..kreatif tak...

Dah siap la tu.. boleh lah masukkan dalan ketuhar gelombang mikro dengan suhu 180C selama 25-30 minit


Dah agak-agak kuning keperangan yang cantik macam gambar ni, boleh lah dikeluarkan.

Kalau rasa-rasa dah tak sabar nak menelannya boleh lah terus potong dan lihatlah hasilnyaaaa


Nampak Gebu kannn... kan... kan....


 www.noreason.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...