Isnin, 19 Oktober 2015

Resepi- Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi Yang Hebat

kopi dan buku
Korang peminat kafein tegar? sehari tak ambil kopi memang rasa tak keruan hidup kan? Secawan kopi dapatkan melegakan stress kita lebih-lebih lagi bila hari yang busy kan.

Jadi, kami nak kongsi dengan ada semua, selain krimer dan gula yang boleh di tambah pada kopi, ada 6 bahan rahsia untuk rasa kopi yang hebat supaya jadi lebih sedap dan variety gitu!

 

1. Kayu Manis

kopi kayu manis 1
Langkah penyediaan Kopi Kayu Manis:
1. Didihkan air dan masukkan 1 batang kayu manis sehingga suhu mencapai 100 darjah celcius sehingga terbit bau aroma wangi kayu manis. Kemudian, api di kecilkan sehingga 90 darjah celcius.
2. Masukkan 1-1 ½ sudu makan serbuk kopi dan dikacau sehingga rata selama 2 minit dengan api yang kecil. Letakkan sedikit gula jika anda gemar rasa yang manis.
3. Matikan api dan tapiskan serbuk kopi menggunakan tapis air. Kopi kayu manis sedia di hidang. Pasti enak jika di hidang bersama brownies. 

2. Madu

kopi madu 1
Langkah penyediaan Kopi Madu: 
1.Campurkan 2 sudu kecil kopi dengan 300 ml air panas.
2. Kemudian, tambahkan 2 sudu kecil madu dan gaul sehingga larut. Kopi madu sedia di hidang.
3. Jika mahu lebih enak, boleh letakkan 4 sudu kecil whipped cream. Uh! Terangkat!

3. Lemon

kopi lemon1
Langkah penyediaan Kopi Lemon: 
1. Potong sebiji buah lemon dan perah jusnya.
2. Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam air panas.
3. Campurkan perahan air lemon ke dalam air kopi. Kacau sehingga rata.
4. Kopi Lemon sedia di hidang. Kopi lemon akan membuat anda lebih segar untuk meneruskan aktiviti seharian.

4. Coklat

kopi coklat 1
Langkah penyediaan Kopi Coklat:
1. Cairkan 50 gram coklat masak pekat
2. Setelah coklat tersebut cukup cair, kacau bersama 2 sudu kecil kopi, 250 ml susu cair dan gula mengikut citarasa masing-masing.

5. Pudina

kopi pudina
Langkah penyediaan Kopi Pudina:
1. Panaskan air dan masukkan air panas ke dalam gula dan serbuk teh.
2. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan daun pudina.
3. Campurkan air panas bersama dengan gula dan serbuk kopi.
4. Kacau dan hidangkan.

6. Daun Pandan

kopi pandan
Langkah penyediaan Kopi Pandan:
1. Panaskan air sehingga mendidih, racik daun pandan sehingga halus dan rendamkan dalam air tersebut.
2. Masukkan 1 sudu kopi, 1 sudu teh gula, 2 sudu krimer coffe-mate, dan tambahkan rendaman air pandan. Rasanya memang sedap dan baunya wangi semerbak!
6 bahan rahsia untuk rasa kopi yang hebat ini pasti beri ilham cara penyediaan Kopi terbaik kan? Cuba korang kongsi dengan kami resepi Kopi korang pula korang di sini! kot boleh jadi minuman paling viral kat media sosial tahun ni
oh bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...